fbpx
Now Reading
Malu Dituduh Syirik, Raja Bomoh Nak Saman JAIPk RM300 Juta [Video]

Malu Dituduh Syirik, Raja Bomoh Nak Saman JAIPk RM300 Juta [Video]

Difahamkan Ibrahim juga sudah membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, nama Raja Bomoh hangat diperkatakan di media sosial. Semuanya gara-gara penularan sebuah video memperlihatkan dia membuat comeback dengan melakukan satu ritual tolak bala bersama seorang wanita dikenali sebagai ‘Puteri Zaleha’.

Penularan video tersebut membuatkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membuka kertas siasatan ke atas lelaki ini kerana upacara tersebut disifatkan sebagai khurafat dan bercanggah dengan ajaran Islam.

Baca artikel berkaitan : Raja Bomoh Muncul Semula, Kali Ini Bersama ‘Puteri Zaleha’ Buat Ritual Tolak Bala [Video]

Tidak berpuas hati dengan tudahan berkenaan, Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin. Ibrahim bercadang untuk mengambil tindakan undang-udang terhadap jabatan berkenaan.

Dia yang tampil menerusi satu video meluahkan berasa malu apabila digelar melakukan perbuatan syirik.

Jelasnya, dia sudah bersedia sekiranya JAIPk mahu memanggilnya, namun pihaknya setakat ini belum menerima apa-apa panggilan lagi dari mereka berhubung ritual tolak musibah banjir yang dilakukannya tempoh hari.

“Saya kesal kerana JAIPk terus menjatuhkan hukum bahawa perbuatannya itu bercanggah dengan ajaran Islam. “Saya memang tunggu dia (JAIPk) panggil saya. Tapi kenapa dia (JAIPk) jatuh hukum awal-awal mengatakan ini (ritual) syirik, khurafat, bolehkah macam itu?”

Nak saman 300 juta

Ekoran dari tuduhan tersebut, dia yang sudah berbincang bersama peguam akan membawa isu itu ke mahkamah dan menuntut RM300 juta kepada jabatan-jabatan terlibat.

“Apabila dituduh syirik, saya malu, apabila saya dimalukan, saya akan saman. Saya bukan bomoh tepi jalan atau bomoh kampung, sepatutnya perkara ini kita bincang dahulu.”

“Tujuan saya untuk selamatkan tapak perkuburan. Jangan hilang makam diraja. Orang tua saya dan keturunan saya banyak dikebumikan di Teluk intan. Bukan tujuan saya untuk berbangga atau publisiti.”

“Saya telah berbincang dengan peguam dan akan saman RM300 juta jabatan yang kata saya syirik dan khurafat,” katanya.

Sudah buat laporan polis

Difahamkan Ibrahim juga sudah membuat laporan polis berhubung isu tersebut. Dia dalam masa sama turut berkongsi salinan repot berkenaan kepada orang ramai.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.