Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Pengguna barangan Apple pasti tahu yang syarikat teknologi ini sentiasa memberikan diskaun ke atas beberapa produk mereka untuk golongan terpilih antaranya pelajar kolej dan pengajar.
Terbaharu, bersempena Higher Education Offer 2022, Apple memberikan sesuatu yang lebih menarik apabila menawarkan Airpods generasi kedua yang bernilai RM589 secara percuma bagi setiap pembelian barangan terpilih.
Barangan yang terlibat ialah :
Mac : iMac, Mac mini, Mac Pro, MacBook Pro, and MacBook Air
iPad : Ipad Air, Ipad Pro
Selain Airpods percuma, anda juga boleh mendapatkan AppleCare Protection Plan pada harga diskaun sebanyak 20%.
Bagaimana menebus tawaran?
Untuk menebus tawaran yang sedang berlangsung dari semalam, 6 Januari hingga 7 Mac 2022 ini, anda yang layak perlu melakukan pembelian menerusi Apple Online Store for Education.
Siapakah golongan yang layak?
Golongan yang layak membeli menggunakan saluran ini adalah
Pelajar IPT (kolej atau universiti)
Pendidik, pensyarah
Kakitangan institusi pendidikan
Ibu bapa kepada pelajar IPT (membeli untuk pihak anak mereka)
Untuk menentukan status kelayakan anda, sila mendaftar di UNiDAYS terlebih dahulu selain membaca terma dan syarat yang dinyatakan.