fbpx
Now Reading
Raja Bomoh Hargai Rakyat Malaysia Jadikan Dirinya Popular [Video]

Raja Bomoh Hargai Rakyat Malaysia Jadikan Dirinya Popular [Video]

Menurut Ibrahim, dia gembira dengan respon dari orang ramai baik yang menyokong atau mencaci sehingga menjadikan dirinya terkenal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin yang sebelum ini tular dengan video ritual tolak bala berhampiran Dataran JPS, Teluk Intan telah didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pada Jumaat lalu (7 Januari).

Dia yang ditahan bersama sepupunya, ‘Puteri Zaleha’ atau Suliaha Abdul Hamid, 62, kemudian dibebaskan selepas diperintahkan membayar wang jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin di kalangan ahli keluarga.

Sebaik dibebaskan, beliau memaklumkan tidak akan mengulangi perbuatan mengadakan sebarang upacara atau ritual yang bercanggah dengan agama dan hukum syarak.

@perakpress Raja bomoh berjanji tidak akan melakukan ritual yang bertentangan dengan fatwa yang telah dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak #rajabomohmalaysia ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Terbaharu, dia menerusi satu siaran langsung di Facebook menzahirkan rasa terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah menyokong selain menjadikan namanya terkenal.

Menurut Ibrahim, dia gembira dengan respon dari orang ramai baik yang menyokong atau mencaci selepas penularan video-video sehingga menjadikan dirinya terkenal.

“Saya ucap terima kasih kepada seluruh penyokong saya yang mendoakan kesejahteraan saya, termasuk juga yang mencaci sehingga banyak jumlah tanda suka di setiap video saya.

“Termasuk juga pihak Jabatan Agama Islam Perak yang memberi peluang dan layanan kepada saya serta tidak berkasar sepanjang saya disoal siasat yang mengganggap seperti bapa mereka,” katanya.

Perkongsian video tersebut nyata menarik pelbagai respon dari masyarakat. Rata-rata berharap Ibrahim akan mengambil iktibar dengan apa yang terjadi selain berharap beliau tidak lagi mengulangi perbuatan sama di masa akan datang.

Ada juga segelintir yang meminta orang ramai agar berhenti mencaci dan menghina beliau sebaliknya menjadikan apa yang terjadi sebagai pengajaran.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.