fbpx
Now Reading
Polis Cari MPV Cetus Kemalangan Babitkan Myvi Kuning dan Mercedez [Video]

Polis Cari MPV Cetus Kemalangan Babitkan Myvi Kuning dan Mercedez [Video]

Insiden tersebut menyebabkan pemandu Myvi meninggal dunia akibat kecederaan di beberapa bahagian anggota badan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak petang tadi, tular di media sosial video kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi dan sebuah Mercedez Benz.

Menerusi video tersebut, Myvi kuning berkenaan difahamkan gagal dikawal selepas cuba mengelak sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam dari arah bertentangan yang dilihat memasuki laluannya untuk memotong kenderaan lain.

Myvi berkenaan kemudian terbabas ke laluan sebelah sebelum bertembung dengan sebuah Mercedes Benz C200 dari arah hadapan.

Pemandu Myvi meninggal dunia

Menerusi laporan Kosmo, insiden tersebut yang berlaku di Kilometer 91.1 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Air Itam menyebabkan pemandu Myvi, Mohamad Haszaniza Sulong@ Zakaria, 27, meninggal dunia akibat kecederaan di beberapa bahagian anggota badan.

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, sewaktu kejadian, Mohamad Haszaniza yang merupakan seorang penghantar dikatakan dalam perjalanan menuju ke arah Kuala Terengganu dari Kuantan, Pahang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah MPV yang masih belum dikenalpasti dikatakan telah memasuki laluan bertentangan untuk memotong kenderaan lain.

“Kereta Perodua Myvi dipandu mangsa cuba mengelak daripada dirempuh MPV yang terlalu hampir itu dengan memasuki laluan bertentangan,” katanya dipetik dari Kosmo.

Polis siasat dan jejak identiti pemndu MPV

Sehubungan itu polis kini sedang menyiasat dan menjejak identiti pemandu MPV yang didakwa mencetuskan kemalangan maut itu.

“Setakat ini, polis telah mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kes kemalangan itu daripada Majlis Perbandaran Dungun dan sebuah premis milik syarikat swasta untuk siasatan lanjut,” katanya. 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.