fbpx
Now Reading
Didakwa Mencabul Dalam Tren, Lelaki Ditampar Tanpa Henti Selama 3 Minit [Video]

Didakwa Mencabul Dalam Tren, Lelaki Ditampar Tanpa Henti Selama 3 Minit [Video]

Menerusi video yang tular, wanita berkenaan dilihat memarahi lelaki itu sambil berterusan menamparnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kes gangguan dan serangan seksual dalam kalangan wanita bukan lagi perkara baru. Isu ini sudah lama dibangkitkan malah berlaku hampir di seluruh dunia.

Terbaharu, seorang wanita di China dilaporkan mengalami nasib sama selepas dia mendakwa dicabul oleh seorang lelaki sewaktu menaiki sebuah tren.

Namun situasi wanita berusia 27 tahun ini dilihat berbeza apabila dia mengambil tindakan sendiri dengan menampar lelaki tersebut bertubi-tubi selama 3 minit.

Menerusi laporan Mothership, kejadian tersebut berlaku pada 4 Januari lalu, sekitar jam 6.30 petang di dalam sebuah gerabak kereta api di Nanjing, China.

Video insiden turut tular di media sosial selepas dikongsikan saksi yang turut berada di tempat kejadian.

Menerusi video tersebut, wanita berkenaan dilihat memarahi lelaki itu sambil berterusan menamparnya.

“Kamu nak sentuh saya? Sentuh lagi dan lihat apa yang jadi!” katanya sewaktu menampar lelaki tersebut sambil diperhatikan orang ramai.

Dia di dalam video itu turut mendakwa lelaki ini dengan sengaja telah menyentuh punggungnya.

Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, lelaki itu bagaimanapun hanya mampu tunduk tanpa berkata apa-apa.

Selepas berdepan ‘azab’ selama 3 minit, suspek yang berusia 32 tahun kemudian telah diiringi keluar oleh staf syarikat kereta api itu lalu diserahkan kepada polis.

Dia difahamkan kini ditahan atas dakwaan mencabul wanita di dalam kereta api.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.