
Isu Fan Art Lucah, Ejen Ali Sedia Ambil Tindakan Undang-Undang
WAU sebelum ini ada mengingatkan orang ramai agar menghormati semua watak dan menghasilkan karya fan art yang lebih sesuai.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Penggemar kartun dan animasi tempatan pasti cukup kenal siri animasi Ejen Ali. Bukan sahaja digemari anak kecil, malah animasi ini cukup diminati ibu bapa dan juga orang dewasa.
Namun sejak penghujung tahun lalu pengguna media sosial dikejutkan dengan penularan karya seni berbaur lucah atau karya Not Safe For Work (NSFW) melibatkan beberapa karakter utama di dalamnya.
TW child porn
— VieN | Commissions closed! (@ComicsByVieN) January 1, 2022
sorry to ruin your new year with this news but I think a lot of people should be aware.
especially if you have a child who watches EJEN ALI, they might search for fanarts and come across explicit ones. Please go through the thread. https://t.co/ShdtSt6a7K
Peka dengan isu tersebut, penerbit Ejen Ali, Wau Animation Studio Sdn Bhd menerusi satu ciapan di Twitter kemudian menyeru orang ramai khususnya peminat francais itu agar menghormati semua watak dan menghasilkan karya fan art yang lebih sesuai.
Ini kerana sasaran utama animasi ini ialah kanak-kanak selain ia turut melibatkan watak-watak yang masih di bangku sekolah.
A reminder to fellow Ejens from MATA HQ:
— Ejen Ali (@ejen_ali) November 22, 2021
Let's keep the fandom as a safe place for everyone.
🤜🏻💥🤛🏻 pic.twitter.com/6nqzBgyKI6
Peringatan mesra ini bagaimanapun seolah ‘dipandang sepi’ oleh segelintir dari mereka apabila karya lucah ini masih lagi dipamerkan di internet kononnya tiada karya di dunia ini yang ‘terselamat’ dari benda-benda jilik dan jelik jika berpandukan ‘Rule 34’.
Ia adalah fan art dan bukan dihasilkan Wau
Terbaharu Wau sekali lagi tampil berhubung isu sama. Menjelaskan karya jijik tersebut bukan dihasilkan pihak mereka, Wau Animation dalam masa sama turut mengkritik penghasilan fan art sedemikian.
“Kami ingin menyatakan bahawa karya seni ekspisit itu bukan hasil karya Wau Animation Sdn Bhd dan Primeworks Studios Sdn Bhd.
“Walaupun kami percaya pada kebebasan berkarya, tetapi kami tidak menyokong penciptaan, penerbitan dan pengedarankarya seni eksplisit itu.”
Sudah buat laporan polis dan sedang meneliti tindakan undang-undang
Menurut Wau Animation lagi, mereka juga sudah membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.
Mereka dalam masa sama juga memaklumkan sedang meneliti isu ini bersama penasihat undang-undang untuk sebarang tindakan lanjut.
Kenyataan Akhbar: Salah Guna Ejen Ali di Media Sosial#EjenAli #ARTvidence pic.twitter.com/vhh17rZ5mT
— Ejen Ali (@ejen_ali) January 10, 2022