fbpx
Now Reading
Lebih Separuh Dari Lelaki Jepun Kini Tak Suka Kencing Berdiri

Lebih Separuh Dari Lelaki Jepun Kini Tak Suka Kencing Berdiri

Angka ini sebenarnya meningkat tinggi berbanding satu tinjaun pada 2007 di mana hanya 40% lelaki Jepun mengaku mengamalkan tabiat itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai seorang penganut agama Islam, kami yakin ramai dari anda tahu yang Islam tidak menggalakkan umatnya untuk buang air kecil berdiri khususnya kepada kaum lelaki.

Namun lambakan mangkuk kencing berdiri yang disediakan di tandas awam menyebabkan semakin ramai yang lebih selesa untuk membuang air kecil dalam posisi tersebut persis orang barat.

Alasan mereka ianya lebih mudah dan cepat tanpa perlu menanggalkan seluar bagi melepaskan hajat.

60% lebih selesa kencing duduk

Foto : Giorgio Trovato

Namun tahukah anda, keadaaan dilihat berbeza di negara Jepun di mana kebanyakan lelaki di sana tidak lagi gemar kencing berdiri.

Sebaliknya sejak lewat 90-an hinggalah ke hari ini, 60.9% lelaki di sana lebih selesa untuk membuang air kecil dalam posisi duduk.

Menurut laporan Japan Times, tinjauan yang dilakukan syarikat pembekal tandas, Lion Corp. terhadap 1,500 responden berusia 20 hingga 60 tahun mendapati , 49% beralih posisi beberapa tahun lalu manakala 11.9% memang dilatih untuk duduk dari kecil.

Angka ini sebenarnya dilihat meningkat dan begitu tinggi berbanding satu tinjaun yang dilakukan pada tahun 2007 di mana hanya 40% lelaki Jepun mengaku mengamalkan tabiat itu.

Foto : Live Japan

Beralih kerana aspek kebersihan

Menerusi tinjauan sama, ramai dari mereka mengakui lebih selesa dengan posisi tersebut disebabkan aspek kebersihan seperti tidak perlu lagi berdepan percikan air kencing yang akan mengotorkan pakaian dan tubuh mereka selain tandas itu sendiri.

Ini kerana membuang air kecil dalam posisi berdiri boleh meningkatkan halaju air kencing yang ketara.

Selain itu, ada juga dari mereka yang mula beralih selepas melihat banyak iklan-iklan di kaca TV yang berkongsi keburukan kencing berdiri.

Percaya atau tidak, ada yang mula mengubah tabiat mereka kerana banyak premis malah rumah yang kini lebih gemar menampal notis melarang orang ramai dari kencing berdiri.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.