fbpx
Now Reading
Tular Pengakuan Tak Ambil Suntikan & Bawa Jemaah Tak Vaksin Ke Saudi, Ini Penjelasan Ustaz Abu Syafiq

Tular Pengakuan Tak Ambil Suntikan & Bawa Jemaah Tak Vaksin Ke Saudi, Ini Penjelasan Ustaz Abu Syafiq

Malah dia menerusi perkongsian sama mendakwa suntikan itu sudah pun pupus dan tidak lagi diwajibkan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Media sosial sejak semalam hangat memperkatakan mengenai pengakuan pendakwah bebas, Ustaz Abu Syafiq bahawa di tidak mengambil suntikan vaksin malah membawa para jemaah yang tidak divaksin untuk menunaikan umrah.

Pengakuan tersebut yang dilakukan Abu Syafiq di Instagram turut menyebut yang vaksin adalah salah satu dari mata pencarian ‘pakar’ dipercayai merujuk kepada pengamal perubatan.

“Saya mengaku saya tidak vaksin dan bawa orang yang tak vaksin ke Saudi. Vaksin MM. Sebab Vaksin ini dah pupus.

“Ramai juga jemaah tak ambil vaksin ni. Seperti segala jenis vaksin lain akan pupus dan tamat tempoh.

“Vaksin juga adalah duit dan mata pencarian untuk mereka yang bergelar pakar,” tulis Abu Syafiq.

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian netizen yang menganggap dia sengaja mencari nahas kerana tindakan ‘berani’ yang dilakukannya akan mencemarkan imej Malaysia sekaligus menyukarkan urusan rakyat yang ingin menunaikan umrah dan ibadah haji di masa akan datang.

Malah ramai yang meminta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengambil tindakan terhadap pendakwah tersebut dan menghalangnya dari terus menjadi mutawif atau agen umrah di masa akan datang.

Bukan vaksin Covid-19 tapi vaksin MM

Mungkin menyedari namanya sudah menjadi panas ekoran dari pendedahan ‘berani mati’ tersebut, Abu Syafiq kemudian menerusi satu hantaran tampil menjelaskan vaksin yang dimaksudkannya pada posting yang tular adalah Vaksin MM iaitu Meningococcal  Meningitis, sejenis vaksin untuk mencegah jangkitan otak.

“Melompat satu Malaysia cari apa itu vaksin MM.”

Dakwa vaksin MM sudah pupus, tidak lagi wajib

Dakwa Abu Syafiq, vaksin MM itu dahulunya wajib diambil namun kini tidak lagi menjadi syarat utama untuk memasuki Arab Saudi.

Malah dia menerusi perkongsian sama mendakwa suntikan itu sudah pun pupus.

“Vaksin MM memang tidak menjadi syarat dah utk masuk Saudi termasuk Mekah/Madinah. Melompat satu Malaysia cari apa itu Vaksin MM.

 Yg dulu orang gi umrah dapat buku oren kuning. Vaksin tu dah PUPUS. Mungkin terlalu byk ‘telan’ jenis vaksin otak mudah lupa kot.”

Meskipun tiada maklumat lanjut mengenai dakwaan yang dilakukan Abu Syafiq, carian kami di laman rasmi Kedutaaan Arab Saudi di Amerika Syarikat mendapati suntikan MM masih lagi diwajibkan setakat ini.

Foto : Saudi Embassy in US

Dalam pada itu, seorang netizen tampil menjelaskan bahawa suntikan MM sebenarnya masih lagi digunakan bahkan syarikat farmaseutikal terkenal, Pfizer masih membekalkannya untuk jemaah umrah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.