fbpx
Now Reading
Honda Malaysia Lancar Civic Generasi Ke-11, Harga Bermula Dari RM125k

Honda Malaysia Lancar Civic Generasi Ke-11, Harga Bermula Dari RM125k

Ketiga-tiga varian ini akan menggunakan sistem trenkuasa yang sama iaitu 1.5L VTEC Turbo.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Honda Malaysia sebentar tadi secara rasmi telah melancarkan Civic Generasi Ke-11  serba baharu bagi pasaran tempatan.

Hadir dengan tiga varian, Honda bagaimanapun mencuri tumpuan apabila buat pertama kalinya menampilkan RS sebagai varian ketiga bagi Civic selain varian E dan V.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Madoka Chujo, pihaknya menyasarkan penjualan sebanyak 900 unit sebulan.

“Sebagai pendahulu model segmen C bukan nasional di negara ini, Civic Serba Baharu ini dilengkapi dengan ciri-ciri berteknologi tinggi serta reka bentuk baharu bagi meneruskan legasinya,” kata Madoka.

Harga atas jalan tanpa insurans

Harga atas jalan yang ditawarkan tanpa insurans adalah sedikit tinggi berbanding harga Civic 10th gen yang dilancarkan pada tahun 2016 iaitu :

Varian E : RM125,634.64
Varian V : RM138,043.36
Varian RS : RM144,350.09.

5 Warna pilihan

Dari segi warna terdapat lima pilihan warna yang disediakan iaitu :

Tiga warna sedia ada : Platinum White Pearl (putih), Lunar Silver Metallic (perak) Crystal Black Pearl (hitam)

Dua warna baharu : Ignite Red Metallic (merah) dan Meteoroid Gray Metallic (kelabu),

Sistem trenkuasa 1.5 L Vtec Turbo

Ketiga-tiga varian ini akan menggunakan sistem trenkuasa yang sama standard iaitu 1.5L VTEC Turbo. Ini bermakna tiada tawaran enjin 1.8L aspirasi natural (NA) 1.8L bagi pasaran tempatan.

Ia akan menawarkan pemanduan yang menyeronokkan dengan tenaga maksimum 182PS dan tork terbaik di dalam segmen C iaitu 240Nm, menjadikan enjin itu lebih berkuasa dari enjin 2.4L.

Selain itu ada pilihan mod pemanduan yang baharu iaitu : ECON, Normal dan Sport. Sesuai dengan namanya, Mod Sport menawarkan daya tork dan pecutan yang lebih berkuasa.

Selain itu varian V dan RS juga akan dilengkapi sistem transmisi automatik CVT dengan pedal syif.

Interior

Dibandingkan dengan Civic model terdahulu, ruang dalaman Civic serba baharu ini kini dipertingkatkan dengan rekaan yang lebih premium.

Varian RS pula didatangkan dengan tempat duduk kombinasi kulit dengan jahitan benang merah berserta stereng balutan kulit dengan, lapisan siling hitam, pedal kaki sport dan pencahayaan ruang kaki.

Varian V dan RS pula didatangkan dengan skrin paparan Display Audio bersaiz 9 inci yang menyokong sambungan kepada Apple CarPlay dan Android Auto.

Lengkap dengan ciri-ciri keselamatan Honda SENSING yang serba canggih, Civic 11th gen ini boleh dikatakan model yang paling lengkap dengan ciri keselamatan untuk kenderaan dalam segmen C.

Antara senarai fungsi Honda SENSING diperbaharui yang ada dalam Civic ini adalah :

-Lead Car Departure Notification System (Sistem Notifikasi Kenderaan Hadapan Berlepas)
-Adaptive Cruise Control (Kawalan Pemanduan Adaptif)
-Low Speed Follow (Sistem Mengikuti Kenderaan)
-Collision Mitigation Braking System (Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran)
-Forward Collision Warning (Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan)
-Lane Keep Assist System (Sistem Bantuan Kekal Lorong)
-Road Departure Mitigation(Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan)
-Lane Departure Warning (Amaran Keluar Lorong)
-Auto High Beam (Lampu Tinggi Auto)

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.