fbpx
Now Reading
Polis Di AS Dilucut Jawatan Gara-Gara Sibuk Buru Pokemon Hingga Abaikan Kes Rompakan

Polis Di AS Dilucut Jawatan Gara-Gara Sibuk Buru Pokemon Hingga Abaikan Kes Rompakan

Tindakan mereka memburu Pokemon dan mengabaikan panggilan itu menyebabkan kedua-dua pegawai ini didakwa atas beberapa kesalahan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ramai pasti bersetuju yang permainan video Pokemon Go sememangnya mempunyai peminat mereka yang tersendiri.

Mula dilancarkan pada 2016, ia mula menarik perhatian peminat Pokemon hingga menjadi fenomena di seluruh dunia.

Sejak dari itu, ia mula digilai berjuta pemain dari seluruh dunia baik kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa – juga golongan pelajar hinggalah ke mereka yang sudah bekerjaya.

Foto : Pokemon Go

Namun siapa sangka obsesi berlebihan terhadap permainan ini menyebabkan dua anggota polis dari Los Angeles Police Department (LAPD), Amerika Syarikat akhirnya dilucutkan jawatan.

Menurut laporan The Star, tindakan tersebut diambil selepas kedua-dua mereka iaitu Louis Lozano and Eric Mitchell didapati melakukan kesalahan disiplin apabila memilih memburu Pokemon berbanding bertindak ke atas satu panggilan kes rompakan yang diterima mereka menerusi radio.

Dalam kejadian pada tahun 2017 itu, dua anggota polis ini difahamkan meronda-ronda di sekitar bandar Los Angeles untuk mencari Pokemon walhal mereka pada waktu itu sedang bertugas.

Namun sewaktu memburu Pokemen, mereka telah menerima satu panggilan dari sebuah premis jualan berhubung satu kes rompakan.

Foto : Dexerto

Mereka bagaimanapun memilih untuk tidak mengendahkan panggilan tersebut sebaliknya terus memandu ke arah yang berbeza. Tindakan ini bagaimanapun berjaya dirakam menerusi kamera di dalam kereta peronda.

Menerusi dokumen undang-undang yang didedahkan pada minggu lalu, Eric Mitchell didengari memaklumkan kepada rakan polisnya itu bahawa dia terlihat Snorlax tiba-tiba muncul.

“Kira-kira 20 minit kemudian, rakaman mendedahkan bahawa mereka berdua berbincang mengenai Pokemon sambil memandu ke lokasi lain di mana Pokemon dalam permainan itu muncul,” menurut dokumen undang-undang tersebut.

Tindakan ini menyebabkan kedua-dua pegawai ini didakwa atas beberapa kesalahan. Mereka kemudian mengakui gagal bertindak keatas panggilan kes tersebut namun menafikan ianya disebabkan bermain Pokemon Go.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.