fbpx
Now Reading
PU Syed Kritik Tindakan Rakam & Mandikan Remaja Seperti Jenazah Selepas Kantoi Curi Tabung Masjid

PU Syed Kritik Tindakan Rakam & Mandikan Remaja Seperti Jenazah Selepas Kantoi Curi Tabung Masjid

Beliau difahamkan khuatir hukuman itu seolah-olah mengggambarkan Islam membenarkan penganutnya berlaku zalim.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/jllmisai/status/1480793040172171267

Baru-baru ini tular di media sosial satu video memperlihatkan seorang pemuda ‘dihukum’ dengan dimandikan seperti jenazah gara-gara ditangkap mencuri tabung di sebuah masjid.

Penularan klip itu ternyata menarik perhatian orang ramai sekaligus mencetuskan perdebatan di media sosial apabila ada yang bersetuju dan segelintir lagi tidak gemar dengan bentuk hukuman yang diberikan.

Baca artikel berkaitan : Kantoi Curi Tabung Masjid, Remaja Dimandikan Seperti Jenazah Oleh Jemaah [Video]

Perbuatan yang tidak wajar

Isu ini kemudiannya turut menarik perhatian pendakwah bebas, PU Syed yang dilihat kurang senang dengan apa yang terjadi.

PU Syed menerusi satu hantaran di Facebook kemudian mengkritik tindakan jemaah masjid yang bertidan menghukum selain merakam dan menyebarkan klip video tersebut yang disifatkannya sebagai tidak wajar kerana ia hanya akan mengundang kepada suatu isu yang lain. 

Mengakui perbuatan si pemuda sebenarnya telah menimbulkan kemarahan orang ramai, beliau bagaimanapun khuatir hukuman yang dilakukan mereka itu seolah-olah mengggambarkan Islam membenarkan penganutnya berlaku zalim.

“Isu curi tabung masjid satu hal, bila ditangkap, dimandikan ditempat mandi jenazah, dirakam serta diviralkan, ianya bakal mengundang satu hal yang lain.

“Marah memang kita marah, tapi risau walhasil dari kemarahan tersebut nampak macam islam membenarkan (penganutnya) berbuat zalim walaupun dengan niat untuk menyedarkan sang pencuri.”

Risau isu dipanjangkan

Tambah PU Syed lagi, beliau khuatir isu ini juga akan dipanjangkan memandangkan semua maklumat dan isu mudah diakses dan berada di hujung jari.

“Takut banyak benda yang akan tidak beres nanti di zaman canggih manggih ni,” kata PU Syed ringkas.

Pendapat PU Syed bagaimanapun mendapat pelbagai respon dari netizen di mana ada yang bersetuju dengan apa yang diperkatakannya dan ada segelintir yang merasakan hukuman yang dilakukan kariah masjid adalah lebih baik dari menggunakan kekerasan terhadapnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.