fbpx
Now Reading
Buat Laporan Polis Konon RM39,800 Duit Gaji Pekerja Hilang, Rupanya Kalah Judi

Buat Laporan Polis Konon RM39,800 Duit Gaji Pekerja Hilang, Rupanya Kalah Judi

Kes disiasat dibawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tindakan seorang pengurus syarikat pembinaan membuat laporan polis kononnya wang tunai RM39,800 untuk membayar gaji pekerjanya hilang akhirnya memakan diri apabila dia akhirnya disiasat polis kerana membuat laporan palsu.

Difahamkan tembelang pengurus berkenaan terbongkar selepas polis mendapati wang tersebut habis digunakan untuk berjudi.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintenden Aidi Sham Mohamed, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 32 tahun kira-kira 9.33 malam tadi.

“Dalam kejadian pukul 9.33 malam, lelaki itu membuat laporan dengan mendakwa wang yang disimpan dalam beg sandang dan diletakkan di dalam kenderaan, telah hilang pada hari yang sama.

“Menurut lelaki itu, pada pukul 2.30 petang, dia mengeluarkan wang berjumlah RM45,000 dari sebuah bank di Cyberjaya bagi membayar gaji pekerja, dan meletakkan wang itu dalam beg sandang di bawah kerusi tempat duduk pemandu,” kata Aidi.

Dakwa duit tinggal dalam kereta hilang selepas makan

DIa kemudian pulang ke Port Dickson dan terus rumah bapa saudaranya di Lukut dengan menyerahkan wang sebanyak RM4,700.

Namun sebaik selesai makan di sebuah kedai makan di Taman Sentosa, Lukut, dia mendakwa duit berserta beg sandang yang tersorok di bawah kerusi telah hilang namun tiada kesan pecah cermin pada kenderaannya.

Sengaja ada-adakan cerita supaya dapat lewat bayar gaji pekerja

Siasatan pihak polis selama 2 jam kemudian mendapati wang tersebut sebenarnya bukanlah hilang seperti yang didakwa, sebaliknya telah habis digunakan untuk bermain judi.

Dia difahamkan sengaja mengada-adakan cerita supaya dapat melewatkan pembayaran gaji pekerja.

“Hasil soal siasat pada pukul 11.15 malam semalam mendapati suspek sengaja mengada-adakan cerita tentang kehilangan wang berjumlah RM39,800 dengan tujuan dapat melewatkan pembayaran gaji pekerja

“Wang tersebut telah habis digunakan oleh pengadu untuk bermain judi di sebuah tempat perjudian berlesen,” kata beliau lagi.

Disiasat kerana buat laporan palsu

Sehubungan itu polis telah membuat satu laporan untuk lelaki itu disiasat kerana membuat keterangan dan laporan polis palsu.

“Kita memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab ini dan orang awam diingatkan supaya tidak membuat laporan polis palsu bagi mengelakkan diambil tindakan undang-undang.”

Kes disiasat dibawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kredit foto: No deposit world

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.