Tular Dakwaan Konon Upin & Ipin Adalah Cerita Sebenar & Kuburnya Di Indonesia, Ini Respon Founder Les’ Copaque

Sejak dua hari lalu, pengguna media sosial di negara jiran, Indonesia hangat memperkatakan mengenai penularan satu klip video memperlihatkan dua buah kubur yang didakwa milik karakter animasi Upin & Ipin.

Menerusi video tersebut, dua buah kubur itu yang mengunakan batu nisan berwarna biru diletakkan bersebelahan antara satu sama lain.

Di kubur tersebut turut tertulis tarikh kematian yang didakwa kubur karakter berkenaan di mana Upin telah meninggal dunia pada 6 Ogos 1995 manakala Ipin setahun kemudiannya iaitu pada 2 April 1996.

@bang_alonk3110 Akhirnya tidur Nyenyak 😭 #addictedtotiktok #masukberanda #fyp #upinipin #opah #kakros ♬ suara asli – 𝙝𝙞𝙨𝙩𝙤𝙧𝙮𝙢𝙪𝙨𝙞𝙠_

Pada keterangan di dalam video, pemilik turut mendakwa animasi Upin & Ipin adalah berdasarkan khayalan Opah kerana kedua-dua cucunya tidak sempat dewasa sebaliknya meninggal dunia di saat kecil.

Dia bagaimanapun menjelaskan mendapat video tersebut dari seorang rakan yang berasal dari Malaysia.

Namun di ruangan komen, beberapa netizen tampil dengan teori masing-masing dengan mengatakan kubur ini terletak di Wonogiri dan kembar ini sememangnya wujud namun meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan sewaktu bercuti di Sulawesi.

Namun maklumat yang diberikan seolah tidak tepat memandangkan tarikh kematian kedua-duanya adalah berbeza.

Penularan video ini akhirnya turut menarik perhatian netizen Malaysia hingga ia mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.

Ia kemudian tiba ke pengetahuan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Hj Burhan Radzi yang mengakui terkejut dengan dakwaan tersebut.

Secara berseloroh, dia mengatakan mana mungkin Upin & Ipin meninggal dunia di sana sedangkan dia baru sahaja menghantar mereka ke sekolah pagi tadi.

Tambahnya lagi, orang ramai tidak perlu bimbang, kerana Upin dan Ipin sentiasa sihat dan akan kembali menemui rakan-rakan dalam musim baharu.

Ia adalah rekaan semata-mata

Tidak lama kemudiannya, Les’ Copaque menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasmi Upin & Ipin tampil dengan menjelaskan bahawa animasi itu hanyalah rekaan dan ditulis sepenuhnya oleh Les’ Copaque Production.

Animasi ini tidak diambil atau diinspirasi dari kisah mana-mana individu yang masih hidup mahupun yang telah tiada.

Ini sekaligus menafikan bahawa animasi tersebut mempunyai kaitan dengan pemilik kubur yang tular.

Idea asal adalah pemilik suara ‘Opah’ iaitu Hajah Ainon

Tambah Les Copaque lagi, idea penghasilan animasi ini adalah dari Hajah Ainon yang juga pemilik suara Opah di dalam animasi tersebut.

Sebagai info,Hj Burhan merupakan pemilik suara Atok di dalam animasi tersebut.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

4 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

5 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

6 hours ago