fbpx
Now Reading
Anda Kini Boleh Tonton Siaran Sukan Tanpa Gangguan Dengan sooka & Maxis

Anda Kini Boleh Tonton Siaran Sukan Tanpa Gangguan Dengan sooka & Maxis

Selain sukan, sooka turut menawarkan beraneka pilihan siri drama dan filem premium tempatan kegemaran ramai antaranya Love Elsa, Abang Long Fadil 1 dan 2, dan Kampung Pisang Bersiri-siri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar Jun tahun lalu, Astro telah melancarkan sooka, aplikasi penstriman tempatan yang disusun khas untuk golongan milenial yang gemar menonton kandungan melalui peranti mudah alih.

Yang menariknya, platform penstriman ini bukan sekadar menawarkan kandungan hiburan tempatan seperti program dan drama, sebaliknya mereka turut menayangkan siaran langsung aksi sukan antarabangsa seperti :

  • Premier League
  • BWF Badminton World Championships
  • Formula 1 Championships
  • MotoGP
  • UFC
  • LaLiga

Tidak sampai 7 bulan diperkenalkan, sooka melangkah setapak lagi apabila menjalinkan kerjasama dengan Maxis bagi memudahkan rakyat Malaysia menikmati kesemua siaran langsung ini tanpa sebarang gangguan.

Menerusi satu kenyataan bersama, sooka dan Maxis mengumumkan pelanggan Maxis dan Hotlink kini boleh melayari dan melanggan kandungan sooka untuk menikmati pengalaman menonton serba lancar dengan pakej data mudah alih mampu milik dan fleksibel menerusi rangkaian terbaik di negara ini.

Menurut Ketua Pengguna Maxis, Arjun Varma, rakyat Malaysia suka menonton video secara berterusan, terutama untuk kandungan sukan dan hiburan.

“Mereka mahukan pengalaman terbaik menonton secara langsung tidak kira di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Dengan pengalaman salinghubungan mudah alih kami, kerjasama bersama sooka membolehkan pelanggan menikmati pengalaman yang optimum – iaitu kandungan hiburan terbaik melalui pakej mudah alih yang unik dengan rangkaian terbaik. Kami komited untuk membawa teknologi terbaik bagi membolehkan orang ramai terus menerajui dalam dunia digital ini.”

Ketua Pengguna Maxis, Arjun Varma

Tambah beliau lagi, Sooka juga berupaya menyediakan siaran langsung acara sukan untuk tontonan para peminat sukan hanya dengan menggunakan peranti mudah alih sekaligus membolehkan mereka menonton mengikut keselesaan mereka.

“Kami telah menyediakan perancangan kandungan sukan yang mantap pada 2022, dan akan terus mengukuhkan lagi portfolio tersebut agar kami dapat terus membawakan yang terbaik untuk para peminat sukan di Malaysia,” kata beliau lagi.

Selain sukan, sooka turut menawarkan beraneka pilihan siri drama dan filem premium tempatan kegemaran ramai antaranya Love Elsa, Abang Long Fadil 1 dan 2, dan Kampung Pisang Bersiri-siri.

Selain itu Sooka turut menyiarkan program siaran langsung hiburan realiti seperti Gegar Vaganza, selain program Anugerah MeleTOP Era, dan pelbagai lagi kandungan Originals sooka yang akan dilancarkan pada tahun ini bagi memenuhi cita rasa penonton tempatan.

Sejak sooka dilancarkan pada Jun 2021, pemerhatian kami juga mendapati lebih 2.54 juta penonton telah menikmati kandungan premium sooka. Kerjasama kukuh dengan Maxis menjadi salah satu penanda aras terbaik bagi kami dalam usaha menawarkan kandungan yang lebih hebat kepada semua golongan muda di Malaysia dengan nilai pakej yang istimewa,” kata Ketua sooka, Andy Paterson.

Buat pengguna Maxis dan Hotlink, adalah boleh menikmati semua kandungan terbaik tersebut dengan membeli pas sooka di sini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.