fbpx
Now Reading
Keluarga Akhirnya Buka Mulut Mengenai Makam Yang Diberi Nama Upin Ipin

Keluarga Akhirnya Buka Mulut Mengenai Makam Yang Diberi Nama Upin Ipin

Ibu bapanya memilih menamakan kedua-dua anak kecil ini sebagai Upin dan Ipin selepas mendapat inspirasi dari animasi berkenaan yang begitu popular di sana.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa hari lalu media sosial digemparkan dengan penularan video TikTok memperlihatkan dua makam kecil yang bertanda nama Upin dan Ipin.

Video tersebut kemudian menyebabkan muncul beberapa teori di kalangan netizen yang mendakwa kubur tersebut adalah milik karakter animasi Upin & Ipin dan animasi berkenaan mengambil idea tersebut dari kisah mereka.

Penerbit Upin & Ipin, Les’ Copaque kemudiannya tampil menafikan perkara berkenaan dan menjelaskan bahawa animasi itu hanyalah rekaan dan ditulis sepenuhnya oleh Les’ Copaque Production.

Ia juga tidak diambil atau diinspirasi dari kisah mana-mana individu yang masih hidup mahupun yang telah tiada.

Baca artikel berkaitan : Tular Dakwaan Konon Upin & Ipin Adalah Cerita Sebenar & Kuburnya Di Indonesia, Ini Respon Founder Les’ Copaque

Terbaharu, ahli keluarga kepada pemilik makam tersebut tampil memaklumkan bahawa arwah yang dikebumikan di Kota Palu, Sulawesi tiada kaitan dengan siri berkenaan.

Menerusi laporan media tempatan, ibu saudara kepada kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Limiyadin mendedahkan makam itu sebenarnya telah dinamakan semula sekitar tahun 2000 selepas ianya dibaik pulih.

Foto : Merdeka

Ibu bapanya sengaja menamakan kedua-dua anak kecil ini sebagai Upin dan Ipin selepas mendapat inspirasi dari animasi berkenaan yang begitu popular di sana.

Tidak mempunyai nama sewaktu meninggal

Namun difahamkan nama kedua-dua almarhum bukanlah ditukar sebaliknya mereka sememangnya tidak mempunyai nama sewaktu meninggal dunia dipercayai kerana terlalu kecil.

Justeru sebaik memilih nama berkenaan, mereka terus menulisnya pada makam itu sekitar tahun 2000.

Foto : Kompas

“Mereka meninggal dunia sewaktu usia belum mencapai setahun disebabkan penyakit misteri. Semasa kami sekeluarga membaik pulih tapak kubur pada 2000, ibu bapa anak-anak ini sengaja menamakannya Upin Ipin.

“Mereka mendapat inspirasi daripada karakter Upin Ipin dari Malaysia yang sangat popular di Indonesia,” kata Limiyadin.

Difahamkan si abang meninggal dunia terlebih dahulu sebelum diikuti oleh adik setahun kemudiannya.

Bukan pasangan kembar tapi adik beradik

Tambah wanita ini lagi, mereka juga bukanlah pasangan kembar seperti yang didakwa, sebaliknya adalah adik-beradik kandung.

Jelasnya, sejak video yang dirakam pada 2017 itu tular, ramai yang mula menziarahi kawasan perkuburan itu untuk melihat makam berkenaan dari jarak lebih dekat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.