fbpx

Tular Foto Pelajar RMT Hanya Terima Nasi & Kuah, Menteri Arah Siasatan Dilakukan

Jelas Dr Radzi, KPM tidak akan berkompromi dalam hal yang membabitkan kebajikan murid.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, netizen hangat memperkatakan mengenai penularan sebuah gambar makanan yang dimuat naik seorang pengguna Facebook, Zurina Hassan yang mendakwa ianya dibawa pulang cucu saudaranya dari sekolah.

Menerusi hantaran tersebut, wanita ini menjelaskan cucu saudara itu telah memberitahu ibunya bahawa ia adalah makanan yang diterimanya di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

Namun jika diamati pada foto tersebut, makanan berkenaan hanyalah berupa nasi dan kuah bersama hirisan lobak merah dan kobis bunga.

“Cucu saudara bawak balik dekat mak dia makanan RMT.

“Sadis betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah? Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak,” soalnya.

Foto sekadar hiasan | Kredit: Malaymail

Tambah pengguna Facebook ini lagi, sebelum ini pelajar sering mengadu makanan RMT tidak sedap namun mereka diminta supaya bersyukur dengan bantuan yang diterima.

Namun melihat pada makanan ini membuatkan dia tertanya-tanya adakah ianya sesuai untuk mereka.

Sehubungan itu dia meminta kerajaan agar menyiasat isu tersebut supaya ianya tidak mendatangkan masalah buat kedua-dua pihak.

“Sebelum ini budak-budak mengadu makanan RMT tidak sedap, kita pun beritahu kena bersyukur sebab masih ada makanan. Tapi, ini makanan untuk siapa? Ayam?

“Tidak tahu salah siapa dalam hal begini. Tapi saya rasa perlu disiasat kenapa diberi makanan seperti ini kepada penerima RMT. Sudahlah senarai penerima RMT wajib sekolah hari-hari tanpa penggiliran. Makanan begini yang dikatakan ‘mampu memacu pendidikan’ kita?

“Hal begini bukan hendak menyalahkan pihak kantin sepenuhnya. Bajet rendah, kementerian harus beri bajet baru supaya tiada pihak tertekan. Pihak kantin gembira, anak-anak makan dengan senang hati,” tulisnya lagi.

Foto : Dr Radzi Jidin

KPM sedang jalankan siasatan

Memandang serius dakwaan wanita itu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan siasatan berhubung isu berkenaan.

Tambah Dr Radzi lagi, KPM tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid.

“Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Saya memandang serius dakwaan tersebut dan telah arahkan supaya siasatan lanjut dibuat, termasuk mengenalpasti sekolah yang terlibat.KPM tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid.”

Bajet KPM adalah RM 2.50 – 3.00

Menerusi semakan kami di laman rasmi KPM, kerajaan memperuntukkan bajet sebanyak RM2.50 bagi setiap murid di Semenanjung manakala RM3.00 di Sarawak, Sabah dan Labuan bagi tempoh 190 hari.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.