
“Tau-Tau Rabak..” – Netizen Luah Rasa Kecewa Dengan Kualiti Beg Keluaran dUCk
Beberapa netizen kemudian turut berkongsi foto keadaan terkini beg mereka bagi menguatkan dakwaaan berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kami yakin semua cukup kenal dengan jenama tempatan, dUCk yang sememangnya digilai ramai wanita.
Jenama ini kerap menjadi perbualan ramai dek kerana harganya yang disifatkan ‘overprice’ namun menawarkan produk yang berkualiti selain kuantiti yang terhad.
Namun terbaharu, jenama duCk menjadi perbualan orang ramai selepas seorang pengguna TikTok mendakwa beg yang dibelinya koyak tidak sampai setahun digunakan.
Menerusi video yang dikongsikan, dia menunjukkan kulit beg dompetnya yang terkoyak di dua bahagian iaitu satu di dalam dan satu lagi di bahagian tepi.
“Belum setahun kualiti hauk”
@haniefadila quack quack quality out 🙄 #duck #iykyk ♬ original sound – haniefadila
Beberapa pengguna TikTok kemudian turut berkongsi perkara sama di mana ada yang mendakwa dompet atau beg digunakan mereka rosak selepas 4 bulan digunakan selain ada yang mendakwa ia mereka selepas beberapa lama digunakan.
Namun beberapa pengguna TikTok lain tampil menjelaskan barangan utama dUCk ialah tudung di mana kualiti tudung mereka sememangnya tidak dapat ditandingi berbanding produk lain.
Isu sama kemudian turut menjadi perbincangan pengguna Twitter selepas video tersebut dikongsikan seorang netizen di sana.
dUCk – Belum Setahun, Kualiti Hauk
— Adam The Plant Dad ⚯͛ (@ATMology) January 14, 2022
Ada netizen komen: “Yang lagi kelakar, owner dUCk gelak ja sambil dia pi shopping LV, Chanel dan Prada”
🔥🔥🔥 pic.twitter.com/EbNlzu9meb
dUCk – Belum Setahun, Kualiti Hauk
— Adam The Plant Dad ⚯͛ (@ATMology) January 17, 2022
Menurut wanita ini, dia membeli dompet keluaran Vivy Sofinas Yusof pada Mac 2021, dan belum pernah sekali pun digunakan. pic.twitter.com/WXehgp9zRK
Dilihat ke ruangan balas, beberapa netizen lain turut membangkitkan perkara sama dan bersetuju dengan isu kualiti yang diperkatakan.
Malah ada yang turut berkongsi foto keadaan terkini beg atau dompet mereka bagi menguatkan dakwaaan berkenaan.
Same here. Know know rabak. pic.twitter.com/jceIzUTZSQ
— Öconer (@adahvector) January 17, 2022
Me too..baru berapa bulan dah nampak kebocoran 🥲 pic.twitter.com/2bwR0NmxFZ
— MooNara (@moon_nara) January 18, 2022
Sama lah, 2-3 bulan pakai dah koyak rabak ahshshshshs 😭🤟🏻 pic.twitter.com/zIB6JLiWpz
— cik tembikai 🍉 (@afifahmiyata) January 18, 2022
Yg ni betul. Beli 2 kali. Mula2 ingat benda tu barai sbb aku yg pakai lasak, tapi beli kali kedua pun sama. Tak sampai 6 bulan pakai. 😏
— intan (@Lailatool_Sari) January 18, 2022
I guna purse from this local brand Jovi. Leather ye. Rm199 je. Dah setahun lebih guna condition masih tip top
— FF (@chamomile114) January 18, 2022
Sementara itu, cubaan BuzzKini untuk menghubungi pihak dUCk bagi mendapatkan maklum balas mengenai apa yang terjadi belum berjaya setakat artikel ini ditulis.
Kami akan mengemaskini artikel ini sebaik mendapat maklum balas dari pihak mereka.