fbpx

Demi Maruah & Pengajaran Kepada Orang Ramai, Ryzal DurianKimchi Tekad Teruskan Saman

Jelas Ryzal, statusnya sebagai orang yang dikenali bukanlah tiket untuk netizen melemparkan komen yang tidak sensitif dan membuta tuli.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini pasangan influencer terkenal Ryzal Ibrahim dan Maryam menjadi perbualan hangat selepas Ryzal meluahkan rasa tidak puas hati dengan sikap biadap seorang netizen yang telah meninggalkan komen tidak masuk akal di salah satu posting di laman Instagram miliknya.

Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim difahamkan mengamuk selepas netizen berkenaan memintanya menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap anak perempuannya, Rina gara-gara wajah bayi tersebut tidak sama dengannya.

Dia menenerusi beberapa perkongsian di IG Story kemudian memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.

Kita hantar surat cinta peguam

Terbaharu, selepas hampir seminggu isu ini panas, Harian Metro melaporkan Ryzal akan tetap meneruskan saman tersebut terhadap individu berkenaan.

Menurut Ryzal, komen yang keterlaluan ini tidak boleh dipandang ringan kerana membabitkan maruahnya dan isteri, Maryam, 30, yang berbangsa Korea serta kedua-dua belah keluarga.

“Memang agak tersentak apabila menerima komen sebegitu kerana mungkin dia melihat wajah Rina tidak seiras saya, tapi adakah ia sesuatu yang mustahil kerana ibunya (Maryam) seorang yang berbangsa Korea?

“Saya sudah berbincang dengan peguam dan sebelum meneruskan prosedur seterusnya, saya minta agar individu itu tampil memohon maaf sama ada secara bersemuka atau membuat rakaman menerusi media sosial,” katanya kepada Harian Metro.

Bukan atas faktor kewangan, tapi demi maruah

Tambah Ryzal lagi, tindakan saman ini diteruskan bukan disebabkan wang, sebaliknya sebagai usaha untuk membersihkan maruah diri dalam masa sama memberikan pengajaran kepada netizen agar berhati-hati dalam memberikan komen kepada orang lain.

Jelas Ryzal, statusnya sebagai orang yang dikenali bukanlah tiket untuk netizen melemparkan komen yang tidak sensitif dan membuta tuli.

“Agak melampau apabila meninggalkan komen sebegitu kerana ia mengundang aib kepada kami sekeluarga dan saya sebetulnya seorang yang terbuka dengan sebarang komen termasuk kecaman, namun untuk komen sebegini, ia menguji kesabaran.

“Tempiasnya akan terkena keluarga kami dan di pihak (keluarga) Maryam di Korea saya rasa belum tahu mengenai isu ini kerana mereka kurang melayari media sosial.

“Individu itu harus bertanggungjawab dengan tindakannya dan saya dengan kerjasama bersama beberapa pihak lain sedang mengesan individu itu untuk meneruskan tindakan saman,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.