
Bengang Permohonan Pinjaman Tak Lulus, Lelaki Nekad Bakar Bank
Sehubungan itu suspek yang ditangkap pihak berkuasa tempatan kini disiasat mengikut Seksyen 436, 477 dan 435 Kanun Keseksaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Mungkin tajuknya kedengaran tak masuk akal, namun itulah yang terjadi di Karnataka, India apabila seorang lelaki nekad membakar sebuah bank gara-gara permohonan pinjamannya tidak diluluskan.
Menerusi laporan Times Of India, suspek yang dikenali sebagai Wasim Hazaratsab Mulla, 33 sebelum itu telah hadir ke sebuah cawangan Canara Bank yang terletak di pekan Hedigonda sekitar Disember 2021.
Dia yang merupakan penduduk kampung berdekatan kemudian membuat permohonan pinjaman sebanyak 1.6 juta rupees (RM89,770) menerusi cawangan berkenaan.
Permohonan ditolak kerana skor kredit rendah
Namun selepas beberapa minggu membuat semakan, pihak bank pada 10 Januari lalu telah menghubungi Mulla dan memaklumkan mereka terpaksa menolak permohonan pinjaman pekerja amal itu kerana skor penilaian kreditnya yang rendah.
Keputusan tersebut bagaimanapun tidak disenangi oleh Mulla sekaligus menaikkan kemarahannya.
Pecahkan cermin bank dan campak petrol
Namun siapa sangka, dia kemudian mengambil keputusan drastik untuk pergi ke bank tersebut pada waktu malam dan memecahkan tingkapnya sebelum menyimbah cecair jenis mudah terbakar dipercayai petrol ke dalam bangunan itu.
Tidak menunggu lama, Mulla yang masih dalam keadaan marah terus mencucuh api lalu mengakibatkan cawangan bank tersebut terbakar sebelum bertindak melarikan diri.
Insiden tersebut bagaimanapun disedari oleh orang awam yang bertindak menghubungi pihak polis dan bomba. Mereka dalam masa sama juga berjaya memberkas Mulla yang cuba melarikan diri.

Pihak bomba kemudiannya berjaya mengawal api berkenaan, namun polis mendapati pelbagai barangan di dalam pejabat itu yang bernilai 1.2 juta Rupee (RM67,000) telah hangus terbakar antaranya komputer, mesin pencetak, mesin kira duit, CCTV dan banyak lagi.
Sehubungan itu, dia yang ditangkap dan kini disiasat kerana melakukan perbuatan khianat.
Karnataka: Upset over rejection of his loan application, a man allegedly set the bank on fire in Haveri district on Sunday
— ANI (@ANI) January 10, 2022
"The accused has been arrested and a case has been registered at Kaginelli police station under Sections 436, 477, 435 of IPC," say police pic.twitter.com/jrlHOYhegS