Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Salah satu makanan kegemaran orang ramai setiap kali berkunjung ke McDonalds pastinya adalah french fries mereka. Disebabkan itu ramai memilih untuk upgrade set makanan mereka kepada saiz yang lebih besar bagi mendapatkan lebih banyak kentang goreng.
Namun menerusi satu hantaran yang dilakukan di media sosial, francais restoran makanan segera itu mengumumkan akan menghentikan penjualan set makanan bersaiz besar buat sementara bermula dari 24 Januari 2022.
Oleh itu pelanggan hanya boleh memesan set bersaiz medium sahaja buat masa ini. Ini kerana mereka mereka sedang berdepan masalah bekalan kentang goreng.
Meskipun tidak mengumumkan sebarang tarikh, McDonalds bagaimanapun berjanji set besar tersebut akan kembali tidak lama lagi.
Turut berlaku di negara lain
Apa yang mengejutkan, kejadian ini bukan hanya berlaku di Malaysia sebaliknya di beberapa negara lain.
Jepun turut berdepan perkara sama, di mana mereka kini hanya menjual set fries bersaiz kecik sahaja.
Isu ini difahamkan ada kaitan dengan kelewatan rantaian bekalan di Vancouver, Kanada yang merupakan tempat asal sayuran tersebut.