
Video Lelaki Kopiah Hitam Cuba Cetus Pergaduhan Selepas Gagal Potong ‘Q’ Undang Kemarahan Netizen
Netizen yang tidak berpuas hati kemudian melakukan carian sebelum mendapati dia mempunyai 38 saman tertunggak yang berjumlah RM8,150.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Boleh dikatakan memandu di pusat bandar setiap hari pasti akan menemukan korang dengan pemandu dengan gaya samseng yang bukan sahaja tak faham bahasa malah tak mematuhi undang-undang.
Antara perbuatan yang paling banyak dilakukan pastinya memotong barisan yang jelas menyalahi undang-undang dan membahayakan.
Terbaharu tular di Twitter sebuah video seorang pemandu Proton Perdana dengan lagak samseng cuba mencetuskan pergaduhan selepas cubaannya untuk memotong barisan di sebuah jalan di Setia Taipan tidak menjadi.
Menerusi video yang dimuat naik @vicenzolorenzo, lelaki berkenaan pada mulanya cuba memotong barisan di persimpanan lampu isyarat. Namun pemilik video mendakwa dia tidak menyedari kewujudan kereta berkenaan menyebabkan dia terus menekan minyak sehingga menghalang Perdana tadi dari memotong.
Mungkin berang dihalang, lelaki tersebut kemudian bertindak mengejar lalu memintas kereta pemilik video tersebut untuk memberhentikannya.
Dah la potong que dekat trafic light, lepas tu block kereta sesuka hati ajak bergaduh.
— VICENZO LORENZO MEOOOW (@vicenzolorenzo) January 24, 2022
Lokasi : Setia Alam pic.twitter.com/391mP0RQKh
Dia yang dilihat memakai kopiah hitam kemudian keluar dari kereta dengan lagak samseng lalu menghampiri kenderaan pemilik video tersebut dipercayai cuba mencetuskan pergaduhan.
Dia bagaimanapun terus melarikan diri selepas pemilik dashcam memaklumkan dia mempunyai rakaman dan akan membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.
Rupanya ada saman sebanyak lebih RM8,000
Perkongsian video itu nyata menaikkan kemarahan orang ramai yang menyifatkan dia sebagai biadap malah ada yang berasakanya perbuatannya langsung tidak mencerminkan imejnya yang berkopiah.
Tidak menunggu lama, beberapa netizen kemudian mula melakukan pencarian berpandukan no plat kereta tersebut dan hasilnya mendapati kenderaannya mempunyai 38 saman kesalahan lalu lintas tertunggak yang berjumlah RM8,150.
