Siap Guna Formula! Bumi Jika Boleh Dijual Akan Berharga RM20,940,000,000,000,000
Laughlin bagaimanapun menegaskan, angka ini tidak seharusnya menjadi perdebatan sebaliknya dia hanya berharap agar manusia akan lebih menghargai satu-satunya rumah yang mereka ada iaitu Bumi.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Bumi yang menjadi rumah kita dan jutaaan hidupan lain adalah tempat paling berharga dan tidak ternilai harganya.
Namun pernahkah anda terfikir mengenai harga bumi dan berapakah nilainya jika ia boleh dijual?
Mesti tak bukan?
Percaya atau tidak, seorang saintis berjaya menemukan formula untuk mengira berapakah kos bumi jika ia dijual.
Menerusi laporan Treehugger, penolong profesor astronomi dan astrofizik dari Universiti California, Greg Laughlin telah membuat pengiraan kos Bumi dan menganggarkan ia bernilai sebanyak USD 5 Quadrilion (USD$ 5,000,000,000,000,000) atau bersamaan RM20,940,000,000,000,000.
Foto : Kevil Gill/ Wikimedia Common
Bagaimana angka ini muncul?
Meskipun mengakui pengiraan ini ‘kurang’ saintifik, Laughlin bagaimanapun berajaya menentukan nilai ini dengan mengambil kira keseluruhan kualiti planet Bumi.
Antara faktor yang termasuk dalam pengiraaannya adalah saiz, jisim, suhu, umur dan faktor lain planet yang secara langsung menyumbang kepada kemampuannya untuk kehidupan.
Selain itu, semakin tua sesuatu bintang itu, semakin tinggi nilalnya.
Jauh berbeza dengan harga planet lain
Untuk menekankan betapa berharganya bumi, Ahli Astrofizik ini turut membuat perbandingan dengan planet lain yang terdapat di sistem suria kita.
Menurut Laughlin, nilai pasaran planet Marikh hanyalah USD$16,000 (sekitar RM65,000) di mana ianya hampir sama dengan harga kereta terpakai.
Foto : Space.com
Namun ia tidak seteruk Zuhrah (Venus), planet yang berada dekat dengan matahari di mana nilainya hanyalah satu sen.
Namun Laughlin menegaskan, angka ini tidak seharusnya menjadi perdebatan sebaliknya dia hanya berharap agar manusia akan lebih menghargai satu-satunya rumah yang mereka ada iaitu Bumi.
“Formula ini akan membuatkan anda sedar betapa berharganya Bumi dan saya harap ia dapat membantu kita sebagai masyarakat untuk melindungi apa yang kita miliki,” kata Laughlin.