fbpx
Now Reading
Polis Buru YouTuber Curi Masuk Sunway Lagoon & Muat Naik Video Di YouTube

Polis Buru YouTuber Curi Masuk Sunway Lagoon & Muat Naik Video Di YouTube

Difahamkan suspek di dalam video tersebut telah bercerita bagaimana dua daripada mereka berjaya menyelinap masuk ke Sunway Lagoon secara percuma dan tanpa tiket.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara curi mencuri masuk ke dalam kawasan pusat rekreasi Sunway Lagoon dan memuat naik rakaman video tersebut di halaman YouTube, 3 lelaki tempatan kini diburu pihak polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, kejadian itu hanya disedari selepas seorang pekerja taman teman tersebut menemui klip video berkenaan di YouTube pada Jumaat selepas ianya dimuat naik seorang lelaki.

Jelas Abdul Khalid, menerusi video tersebut, suspek telah bercerita bagaimana dua daripada mereka berjaya menyelinap masuk ke Sunway Lagoon secara percuma dan tanpa tiket.

Guna alasan tertinggal phone di dalam taman tema

Difahamkan mereka telah mencampak telefon bimbit ke dalam kawasan taman tema sebelum memperdaya pekerja di sana menggunakan alasan tertinggal peranti itu di dalam.

“Suspek menceroboh masuk dengan cara melompat dari dinding pintu ‘surfbeach’ terus ke dalam kolam taman tema dengan mencampakkan telefon bimbit ke dalam kawasan taman tema.

“Suspek memperdaya pekerja taman tema dengan mengatakan tertinggal telefon bimbit di dalam taman tema lalu dibenarkan masuk seterusnya suspek terus tidak dapat dikesan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Video dimuat naik ke saluran Youtube ‘Ryaan Key’

Klip berkenaan kemudian dimuat naik ke halaman YouTube menggunakan akaun ‘Ryaan Key’.

Hasil semakan awal polis mendapati salah seorang dari suspek merupakan seorang pengguna Youtube.

Beliau dalam masa sama mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya menghubungi pihaknya di talian 03-56210343.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh kawasan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut sudahpun hilang dari YouTube dipercayai sudah diturunkan oleh individu berkenaan.

https://youtu.be/Rmdojnsfskw

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.