
Caj Pengeluaran RM1 Antara Bank Di ATM Akan Kembali Bermula Esok, 1 Februari
Perkara ini sudah dimaklumkan oleh beberapa bank di Malaysia pada Disember tahun lalu
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bermula esok, 1 Februari 2022, setiap transaksi pengeluaran wang antara bank menerusi mesin pengeluaran automatik (ATM) akan kembali dikenakan caj RM1.
Perkara ini sudah dimaklumkan oleh beberapa bank di Malaysia pada Disember tahun lalu antaranya Maybank, CIMB, Citibank, Bank Islam, RHB Bank, Kuwait Finance House, HSBC dan lain-lain.
“Berkuat kuasa pada 1 Februari 2022, caj transaksi RM1.00 akan dikenakan keatas pengeluaran wang tunai antara bank untuk transaksi yang dilakukan di mesin ATM/mesin layan diri bukan CIMB Bank/ CIMB Islamic.
“Anda masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di mesin ATM/ mesin layan diri kami,” memetik kenyataan yang dikongsikan CIMB di Facebook mereka.
Malah Maybank turut berkongsikan makluman sedemikian di media sosial mereka pada hari yang sama.
Bermula dari 1 Februari 2022, caj transaksi RM1.00 untuk pengeluaran Wang Tunai Antara Bank di ATM akan dilaksanakan semula. Pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj* di mesin ATM Maybank. Info: https://t.co/woO1R2SupD pic.twitter.com/31ZwudLqDv
— Maybank (@MyMaybank) December 15, 2021
Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas Citibank dan KFH memaklumkan yang pelanggan mereka akan dikenakan caj sekiranya membuat pengeluaran wang tunai di mesin ATM milik bank lain.
Terdahulu kerajaan pada 6 April 2020 telah memperkenalkan pengecualian caj pada sistem MEPS bagi membolehkan orang ramai untuk mengeluarkan wang tunai daripada ATM yang berkongsi sistem MEPS tanpa perlu dikenakan caj RM1 ekoran dari pelaksaaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Baca artikel berkaitan :