fbpx
Now Reading
Institut Memandu Bakal Didenda, Gantung Permit Jika Lahirkan Banyak Pemandu Cuai – JPJ

Institut Memandu Bakal Didenda, Gantung Permit Jika Lahirkan Banyak Pemandu Cuai – JPJ

Difahamkan ia akan dijalankan menerusi kaedah melekatkan kod khas di lesen memandu semua pengguna jalan raya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Institut memandu yang mempunyai rekod banyak melahirkan pemandu yang terbabit dalam kemalangan serta tidak mematuhi undang-undang jalan raya kini boleh dikenakan tindakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Antara tindakan yang boleh diambil adalah seperti menggantung atau menarik balik sijil serta permit mengajar mereka.

Guna kod khas pada lesen memandu bagi mudahkan JPJ ketahui di mana pemandu terima latihan

Menurut Ketua Pengarah JPJ Datuk Zailani Hashim, ianya akan dijalankan menerusi kaedah melekatkan kod khas di lesen memandu semua pengguna jalan raya bagi memudahkan pihak berkuasa mengesan di mana pesalah itu menerima latihan pemanduan.

Meskipun ia masih di peringkat cadangan, kaedah ini bagaimanapun akan disenaraikan di bawah sistem e-Testing selepas ia dilancarkan pada 1 April nanti.

“Kita dalam proses bagi kod dalam lesen memandu… kita boleh tahu calon (pemandu) dapat dari mana lesen.

“Jika mereka didapati lakukan kesalahan, terlibat kemalangan, kita akan tahu mereka dapat lesen di institut memandu yang mana. Kita akan buat audit, pengesanan untuk tahu jika ada masalah dengan institut terbabit.

“Tindakan menggantung atau membatalkan permit institusi memandu yang mengeluarkan pemandu gagal mematuhi peraturan jalan raya atau terlibat kemalangan boleh dikenakan mengikut Kaedah 27 di bawah Kaedah-Kaedah Sekolah Memandu 1992,” kata Zailani Hashim.

Tambah beliau lagi, berdasarkan rekod semasa, terdapat kira-kira 10,569 tenaga pengajar SPIM yang sudah disijilkan dan bilangan itu dijangka akan terus meningkat kerana sentiasa mendapat permohonan daripada institut memandu.

Sebahagian dari pembaharuan JPJ ke arah pendigital

Difahamkan ini adalah sebahagian dari pembaharuan yang dilakukan JPJ ke arah pendigitalan dengan modul berkenaan dapat mengenal pasti kelemahan di peringkat institusi memandu.

Selain itu ia juga sebahagian usaha mereka dalam mengurangkan statistik kemalangan jalan raya termasuk angka maut.

“Sistem kod yang akan diwujudkan ini juga adalah sebahagian daripada usaha pendigitalan sistem dan urusan berkaitan JPJ.

Kurang dapat persetujuan

Pengumuman ini bagaimanapun menarik pelbagai respon dari pengguna jalan raya di mana rata-rata diihat kurang bersetuju dengan peraturan dan kaedah berkenaan.

Ada yang merasakan institut memandu dan tenaga pengajar tidak sepatutnya dipersalahkan memandangkan fungsi mereka hanyalah mengajar, sebaliknya calon diuji dan diluluskan oleh penguatkuasa JPJ sendiri.

Patut perketatkan undang-undang arak dan dadah

Ada juga yang berpendapat peraturan yang patut diperketatkan ketika ini ialah undang-undang berkaitan pemandu mabuk dan di bawah pengaruh dadah.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.