fbpx
Now Reading
Pengguna Harian Facebook Berkurangan Buat Kali Pertama

Pengguna Harian Facebook Berkurangan Buat Kali Pertama

Dalam masa sama, saham Meta yang masih berdagang di bawah nama FB turut mencatatkan penurunan sebanyak 20%.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak dilancarkan pada 2004, Facebook secara dasarnya sentiasa mencatatkan peningkatan jumlah pengguna di seluruh dunia.

Namun semalam, selepas lebih 17 tahun menjadi laman sosial pilihan utama pengguna internet, Meta (pemilik Facebook) melaporkan terdapat penurunan jumlah pengguna harian mereka bagi suku ke-4 (Q4) 2021.

Difahamkan mereka kehilangan hampir 1 juta pengguna aktif harian iaitu 1.929 bilion pengguna berbanding berbanding suku ke-3 (Q3) 2021 seramai 1.93 bilion.

Dalam masa sama, saham Meta yang masih berdagang di bawah nama FB turut mencatatkan penurunan sebanyak 20%.

Perkara ini dipercayai berlaku kerana aplikasi berkenaan telah mencapai angka tepu paling tinggi ekoran sudah cukup berkembang ke serata negara selain ianya sukar untuk terus relevan di kalangan pengguna muda yang kini lebih aktif di Instagram dan juga aplikasi perbualan WhatsApp.

Bahkan ia turut berlaku disebabkan polisi terbaharu Apple yang kini mengehad penjejakan iklan sekaligus menyukarkan Meta untuk menjual iklan kepada pengguna yang tepat.

Selain itu pengguna muda juga kini lebih cenderung untuk menghabiskan masa mereka di aplikasi pesaing seperti TikTok.

Ia membuatkan Facebook cuba mengubah strategi mereka dengan menambah pelaburan ke dalam ciri format video pendek seperti Reels.

Namun selamat untuk dikatakan, Facebook ketika ini masih lagi kekal sebagai laman sosial terbesar di dunia dengan 2.9 bilion pengguna aktif bulanan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.