fbpx
Now Reading
Satu Dunia Berduka, Adik Rayan Disahkan Meninggal Dunia

Satu Dunia Berduka, Adik Rayan Disahkan Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kanak-kanak lelaki Maghribi, Rayan yang beberapa hari terperangkap di dalam sebuah perigi disahkan telah meninggal dunia.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Istana Maghribi beberapa jam selepas anak kecil itu berjaya dikeluarkan daripada perigi berkenaan.

Raja Maghribi, Raja Mohammed VI turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atau penuhnya Rayan Awram, 5 atas pemergiannya.

Menurut laporan Al-Arabiya, Rayan sebenarnya sudah meninggal dunia sewaktu pasukan menyelamat menemuinya dalam keadaan mengiring.

Terdahulu anggota-anggota penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa yang terperangkap di dalam perigi sedalam 32 meter berhampiran Kampung Ighran, di wilayah Chefchaouen selepas hampir 100 jam misi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Misi tersebut menjadi tular dan mendapat perhatian dari seluruh dunia selepas video menyelamat distrim secara langsung di platform-platform media sosial sehingga tanda pagar #SaveRayan menjadi trending di seluruh dunia.

Sehubungan itu rata-rata penduduk dari setiap negara mendoakan agar usaha menyelamat akan berjaya.

 Inna Lillahi wa inna ilaihi rajiun … damailah kamu di sana..

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.