Tak Sampai Berapa Jam Buat Kejutan Jadi Peserta Big Stage, Iqbal Kini Nak Tarik Diri?

Usahawan sensasi dan penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli mengejutkan dunia hiburan semalam apabila muncul sebagai peserta ke-12 program Big Stage 2022.

Kemunculan mengejutkan Iqbal pada konsert pertama dengan lagu Biarlah Bulan Bicara bagaimanapun tidak begitu ‘bersinar’ apabila persembahannya teruk dikritik netizen.

Bahkan dia juga menerima markah yang begitu rendah iaitu 5 markah dari juri tetap, Ajai yang turut menyifatkan nyanyiannya sebagai tidak memuaskan.

Foto : IG Official HLive

Tak sampai sehari jadi peserta, Iqbal luah hasrat nak tarik diri

Terbaharu, tidak sampai beberapa jam membuat kejutan, Astro Gempak melaporkan Iqbal sudah meluahkan hasratnya untuk menarik diri dari bertading di Big Stage 2022.

Dia yang ditemu bual di Big Stage Live Plus sebaik konsert pertama selesai merasakan tidak layak bersaing di pentas berkenaan. Meskipun dilihat kecewa dengan markah yang diterima dia bagaimanapun berpuas hati memandangkan prestasi nyanyiannya memang agak mengecewakan.

“Saya sebenarnya dijemput Astro dua bulan lepas, saya tolak berulang kali sampai satu masa saya tak boleh sombong. Pada masa sama saya sedar saya tak layak menyanyi di sini, tapi saya cuba yang terbaiklah.

“Saya kalau dapat 2 markah pun bersyukur, boleh terima. Tentang pemarkahan tu saya berserah pada juri profesional, bila 5 markah tu apa yang buruk sangat? Kenapa sampai begitu? Bukan bermaksud saya tak boleh terima, saya okey je. Jadi, saya rasa tak layak jer berada di sini.

“Untuk minggu hadapan saya kena bincang dengan Astro, saya kena tarik diri untuk sertai lagi,” katanya demi memastikan tindakannya tidak mencemarkan industri hiburan negara.

Beri saya seminggu lagi

Dalam pada itu, Iqbal menerusi satu hantaran di Instagram meminta orang ramai agar memberikannya satu minggu lagi bagi membuktikan keupayaannya beraksi di pentas tersebut.

Namun sekiranya gagal, dia tidak akan teragak-agak untuk menarik diri walaupun sekiranya Astro mengumumkan tiada penyingkiran pada minggu tersebut.

“Pada awalnya berkali-kali saya menolak tawaran untuk sertai. Namun saya fikir, peluang ini sekali sahaja seumur hidup. Saya memohon kembali ASTRO supaya berikan izin untuk sertai juga. Berikan saya peluang untuk belajar. Tidak mengharapkan kemenangan, seminggu sahaja lagi, kalau terlalu buruk, saya sendiri akan tarik diri walaupun tiada penyingkiran di minggu hadapan.”

Terdahulu kemunculan dramatik Iqbal bukan hanya mengejutkan orang ramai malahan bekas majikannya, Datuk Seri Vida yang dijemput menyertai rancangan berkenaan sebagai Presiden Netizen.

@datoserividaofficial 😭 Akhirnya Bertemu Di Big Stage #bigstage2022 #fyp #dsv #iqbal #fypシ゚viral #virallllllll #bigstage ♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mengaku Salah Masak Mi Segera Di Stesen Minyak, 4 Individu Didenda RM500

Empat tertuduh yang mengaku bersalah atas kesalahan memasak mi segera di stesen minyak tersebut turut…

2 hours ago
  • Trending

“Cik Bob Ke ni?” – Tular Lelaki Mirip Cik B Buat Ramai Terhibur [Video]

Di dalam video terbabit, lelaki seiras Cik B itu dilihat mengenakan cermin mata berwarna putih…

3 hours ago
  • Trending

“Disiplin Tinggi” – Ramai Kagum Lihat Kanak-Kanak Jepun Beratur Jalan Kaki Pergi Ke Sekolah [Video]

Jelas Shaqila lagi, murid darjah satu di negara itu juga telah pandai berdikari dan pergi…

3 hours ago
  • Trending

“Allah Sembuhkan” – Ayat Kanak-kanak Perempuan Ketika Bermain Dengan Bapa Buat Ramai Kagum [Video]

Menerus video tersebut, si kecil yang sedang bermain menjadi doktor itu turut dilihat membuat pemeriksaan…

4 hours ago
  • Trending

“Mahu Alasan Apa Lagi?” – Tular Lelaki OKU Serba Kekurangan Tunai Solat Buat Ramai Sebak [Video]

Insan itu dilihat menunaikan ibadah sama seperti yang dilakukan oleh orang-orang biasa iaitu sujud, duduk…

4 hours ago
  • Trending

“Tenang Betul!” – Reaksi Wanita Dapat Kejutan Motosikal Daripada Suami Buat Ramai Terhibur [Video]

Difahamkan, motosikal yang dipercayai jenis Benelli Panarea 125 dihadiahkan oleh suaminya sempena ulang tahun kelahiran…

5 hours ago