fbpx
Now Reading
Meta Ancam Tutup FB dan IG Di Eropah Jika Gagal Dapat Data Pengguna

Meta Ancam Tutup FB dan IG Di Eropah Jika Gagal Dapat Data Pengguna

Kenyataan ini dikeluarkan META menerusi laporan tahunan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat minggu lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar minggu lalu, kami ada melaporkan yang Facebook buat pertama kalinya dalam sejarah telah mencatatkan pengurangan pengguna harian di laman media sosial mereka.

Situasi itu berlaku serentak dengan penurunan saham Meta yang masih berdagang di bawah nama FB hingga menarik perhatian penggemar dan pemerhati dunia teknologi di seluruh dunia.

Menurut laporan rasmi yang dikeluarkan syarikat induknya, Meta, keadaan ini berlaku disebabkan perubahan ciri privasi Apple selain peningkatan persaingan daripada aplikasi berasal dari China iaitu TikTok.

Baca artikel berkaitan : Pengguna Harian Facebook Berkurangan Buat Kali Pertama

Terbaharu, Meta sekali lagi menjadi tumpuan dunia apabila mengancam untuk menutup sepenuhnya Facebook dan Instagram di Eropah sekiranya pihak mereka tidak dibenarkan untuk menyimpan dan memindahkan data dari benua tersebut ke pelayannya di Amerika Syarikat.

Difahamkan kenyataan ini dikeluarkan gergasi teknologi itu menerusi laporan tahunan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat pada Khamis lalu.

Menurut Meta, penggubalan akta dan peraturan baharu di Eropah oleh Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (CJEU) pada 2020 yang dikenali sebagai Privacy Shield telah menyukarkan operasi kritikal mereka.

Ia dilihat berbeza dengan perjanjian terdahulu di mana Kesatuan Eropah (EU) membenarkan syarikat induk Facebook itu untuk menggunakan data pengguna Eropah dan menghantarnya ke pelayan di sana untuk tujuan operasi dan ad targeting.

Tambah Meta, mereka juga sebelum ini menjangkakan isu itu dapat ditangani pada tahun 2022, namun ia seolah tidak menjadi justeru syarikat itu sukar untuk menawarkan produk-produk mereka di Eropah temasuklah Facebook dan Instragram.

Menurut laporan SEA Mashable, akhbar kewangan di London, CityAM kemudian berjaya menghubungi Facebook di mana wakil mereka, Nick Clegg, Naib Presiden bahagian Hal Ehwal Global menjelaskan tindakan ini akan memberikan kesan yang besar kepada peniaga-peniaga kecil yang bergantung kepada laman media sosial berkenaan.

“Kami menggesa pihak bertanggungjawab untuk menggunakan pendekatan yang wajar dan pragmatik bagi meminimumkan impak kepada ribuan perniagaan seperti Facebook, yang bergantung pada mekanisme ini dengan harapan untuk memindahkan data dengan cara yang selamat,” kata Clegg kepada CityAm.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Peraturan Perlindungan Data Umum (GDPR) Kesatuan Eropah yang mula diperkenalkan pada Mei 2018 sememangya diketahui amat ketat dalam melindungi data dan privasi pengguna di benua tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.