fbpx
Now Reading
“Ini Peluang Tibai Dia” – Abu Syafiq Mahu Lawan KJ Di Mahkamah Tinggi

“Ini Peluang Tibai Dia” – Abu Syafiq Mahu Lawan KJ Di Mahkamah Tinggi

Dia sebelum ini dengan lantang memaklumkan akan menyaman balas KJ sebanyak RM500 juta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) telah memfailkan saman fitnah terhadap dua individu iaitu Dato’ Lokman Noor Adam yang juga bekas ahli Majlis Tertinggi Umno dan penceramah bebas, Ustaz Abu Syafiq atau nama betulnya Mohd Rasyid Mohd Alwi.

Saman itu difailkan KJ susulan penulisan vaksin Covid-19 dan dos penggalak yang menurutnya berbaur fitnah di media sosial oleh kedua-dua mereka sehingga boleh mengganggu usaha Kementerian Kesihatan (KKM) serta kerajaan dalam menentang wabak itu.

KJ difahamkan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk serta perintah supaya status dipertikaikan dipadam berserta permohonan maaf di media sosial selain relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Baca artikel berkaitan : Isu Vaksin, KJ Saman Lokman Adam dan Ustaz Abu Syafiq

Nak saman balas RM500 juta

Sebaik berita tersebut dilaporkan media tempatan dan mendapat perhatian orang ramai, Ustaz Abu Syafiq menerusi satu perkongsian di Instagram dengan lantang memaklumkan akan menyaman balas Ahli Parlimen Rembau itu sebanyak RM500 juta.

‘Saya akan saman balas RM500 juta. Saman menteri-menteri sedap sikit sebab poket mereka berkepok,” kata Abu Syafiq.

Nak lawan di Mahkamah Tinggi

Menerusi satu lagi hantaran berbeza yang dimuat naik semalam, Abu Syafiq sekali lagi membangkitkan isu sama dan memberitahu yang dia akan melawan KJ di Mahkamah Tinggi.

Mengakui tidak gentar dengan saman yang difailkan KJ, Abu Syafiq dengan penuh keyakinan turut memaklumkan akan menuntut perkara tersebut di Mahkamah Akhirat.

Malah dia turut mengeluarkan dakwaaan bahawa terdapat nyawa yang sudah melayang dan banyak badan yang rosak dipercayai merujuk kepada suntikan vaksin.

“Saya pun akan lawan KJ Kat Mahkamah Tinggi. Bukan mahkamah dunia je, Mahkamah Akhirat pun saya akan tuntut. Dia ingat kita takut ke? Ramai nyawa yang melayang, banyak badan yang rosak. Ribuan keluarga hilang punca. Ini peluang saya tibai dia kaw-kaw.”

Abu Syafiq

Sebagai rujukan, setakat ini tiada data yang dapat mengesahkan dakwaan Abu Syafiq bahawa vaksin menjadi punca utama ada di kalangan penerima yang mengalami kecacatan atau kematian.

Namun KKM pada Januari lalu telah melakukan siasatan selepas menerima laporan terdapat 18 kes AEFI dalam kalangan banduan di sebuah penjara di Selangor.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.