fbpx
Now Reading
Langgar 3 Motosikal Dalam Masa 1 Jam, Netizen Mahu Pemandu BMW Kelabu Segera Dikesan [Video]

Langgar 3 Motosikal Dalam Masa 1 Jam, Netizen Mahu Pemandu BMW Kelabu Segera Dikesan [Video]

Carian netizen kemudian mendapati kereta tersebut milik seorang lelaki yang beralamat di Johor.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, tular di media sosial sebuah video memperlihatkan sebuah kereta BWM berwarna kelabu dipandu dalam keadaan melulu hingga merempuh sebuah motosikal dipandu seorang penghantar makanan Grab berhampiran pusat beli belah The Mines, Seri Kembangan.

Namun siapa sangka, itu bukan satu-satunya kejadian kemalangan yang melibatkan kereta berkenaan, sebaliknya dia turut mengakibatkan dua lagi insiden serupa di sekitar kawasan Sungai Besi dan Seri Kembangan.

Menurut seorang pengguna Facebook, Mohd Muqri yang dipercayai adik kepada rider Grab berkenaan, kereta sama turut dirakam melanggar dua buah motosikal dalam tempoh sejam ia merempuh abangnya.

“Mula aku ingat abang aku sorang kena langgar lari dekat The Mines. Rupa-rupanya, hari yang sama (dalam tempoh) kurang sejam dari abang aku kena langgar, kereta ni dah langgar lagi dua penunggang motosikal dekat Highway Sungai Besi. Jumlah dia dah sodok orang hari ini 3 ORANG!.”

Tambahnya lagi, pemanduan lelaki ini begitu berbahaya dan seharusnya diambil tindakan secepat mungkin oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian serupa berulang.

“Dia seorang yang bahaya dan memang tak boleh didiamkan lagi. Tolong gais, dapatkan info secepat mungkin kat mana kereta ni ada sekarang. Atau siapa tahu info berkenaan kereta ini, tolong maklumkan pada polis. Tolong terus call polis jika nampak kereta ni. Kereta ni tak boleh ada atas jalanraya lagi dah. Nyawa bukan boleh beli,” kata lelaki itu lagi.

Video sama turut dikongsikan seorang pengguna di TikTok @zoragontktk dengan harapan ada dikalangan pengguna TikTok yang dapat mengesan pemandu berkenaan.

@zoragontktk

total langgar lari oleh driver yang sama 3 orang hari ni. BMW VES 1127

♬ original sound – zoragon dari planet marikh

Perkongsian-perkongsian tersebut menimbulkan kemarahan netizen yang mahukan pihak berkuasa khususnya PDRM dan JPJ segera mengesan dan memburu pemandu berkenaan.

Beberapa netizen kemudian membuat pencarian dan berjaya menemui rekod kereta berkenaan yang dipercayai milik seorang individidu yang menetap di Ulu Tiram, Johor.

Kereta dipandu orang lain

Dalam masa sama, seorang wanita turut tampil mendakwa kereta berkenaan adalah milik ayah mertuanya.

Namun sewaktu insiden berlaku, ayah mertuanya berada di Johor Bahru dan kereta berkenaan dipinjam dan digunakan oleh seorang rakannya untuk ke Kuala Lumpur.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.