fbpx
Now Reading
[Kemaskini] Sijil Vaksinasi MySejahtera ‘Tak Laku’, 7 Pengembara Dari Malaysia Terkandas Di Filipina

[Kemaskini] Sijil Vaksinasi MySejahtera ‘Tak Laku’, 7 Pengembara Dari Malaysia Terkandas Di Filipina

Tambah individu itu lagi, mereka juga dimaklumkan perlu mengambil vaksinasi di negara lain seperti Singapura atau memiliki Sijil Vaksinasi Antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk diberikan akses ke sana.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

[Kemaskini] Wisma Putra memaklumkan angka sebenar warga Malaysia yang terkandas di Manila adalah 7 orang dan bukanlah 13 orang seperti yang dilaporkan media.


15 pengembara dari Malaysia dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino Manila selepas imigresen Filipina menghalang kemasukan mereka hanya kerana menerima vaksinasi di Malaysia.

Menurut laporan The Star, seorang dari penumpang yang enggan identitinya didedahkan menjelaskan mereka telah dimaklumkan oleh jabatan imigresen negara itu bahawa sijil digital vaksin yang terdapat di dalam aplikasi MySejahtera tidak diterima sebagai bukti.

Sehubungan itu pasport mereka telah dirampas dan kesemua mereka seramai 15 orang tidak dibenarkan memasuki Filipina selepas tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Ahad, 13 Februari.

Malah mereka juga terpaksa tidur sama ada di bangku atau lantai lapangan terbang memandangkan tiada hotel disediakan sebelum dihantar pulang ke Malaysia pada Selasa, 15 Februari.

Foto : The Sun

“Pasport kami telah dirampas dan kami diberitahu akan dihantar pulang. Memandangkan tiada hotel tersedia, kami terpaksa tidur di atas bangku atau lantai,” kata pengembara tersebut.

Menurutnya lagi, keadaan ini bagaimanapun tidak berlaku pada pengembara yang turut menaik penerbangan sama namun menerima vaksin di negara lain seperti Singapura atau United Kingdom apabila mereka tidak mengalami masalah untuk masuk ke negara tersebut.

“Namun penumpang yang berada dalam penerbangan dari KLIA tetapi menerima vaksin di Singapura atau United Kingdom telah diberikan akses untuk ke negara itu (Filipina),” katanya lagi.

Foto sekadar hiasan | Kredit : Wesleying

Perlu divaksin di negara lain atau miliki Sijil Vaksinasi Antarabangsa

Tambah individu itu lagi, mereka juga dimaklumkan perlu mengambil vaksinasi di negara lain seperti Singapura atau memiliki Sijil Vaksinasi Antarabangsa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk diberikan akses ke sana.

Difahamkan 13 daripada mereka adalah warga Malaysia manakala dua lagi warganegara asing. Namun kesemua mereka tiba di sana atas pelbagai urusan seperti perniagaan, peribadi dan misi kemanusiaan.


Duta Malaysia ke Filipina cuba bantu

Dalam pada itu, Duta Malaysia ke Filipina sedang cuba membantu kesemua mereka dengan membuat rayuan kepada kerajaan Filipina.

Malah beliau secara peribadi telah turun menemui kesemua mereka yang terkandas namun difahamkan beliau mendapat respon dari Agensi Hal Ehwal Luar Filipina.

“Kami telah diberitahu bahawa Kedutaan Malaysia di Filipina telah menghantar rayuan untuk timbal balik vaksinasi pada Khamis, tetapi tiada maklumat terkini daripada Agensi Hal Ehwal Luar Filipina.

“Mereka cuba sedaya upaya untuk berunding dengan imigresen, bersama-sama pasukan Malaysia Airlines, tetapi tidak berjaya dan kini semua rakyat Malaysia terkandas,” kata penumpang itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.