Wanita Terkejut Pak Guard Ceroboh Rumah, Siap Call & Tukar Baju Macam Rumah Sendiri [Video]
Dia turut dilihat menukar pakaiannya di sana selain berani menghubungi wanita berkenaan seolah-olah mempunyai niat yang tidak baik.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kita mungkin sudah terbiasa dengan ayat bahawa ‘rumah adalah tempat yang paling selamat’. Namun, semua itu pasti berubah sekiranya anda membaca perkongsian seorang pengguna Facebook ini.
Yuyun Nissa, seorang wanita yang menetap di Pasir Gudang, Johor telah berkongsi satu insiden apabila rumahnya dimasuki seseorang individu tak dikenali.
Dia yang kebetulan tidak berada di rumah berjaya menyedari perkara tersebut selepas menerima notifikasi pergerakan dari kamera rakaman litar tutup (CCTV) yang dipasangnya di ruang tamu.
Sebaik menyemak, dia terlihat lelaki berkenaan yang menurutnya agak biasa ditemui. Beberapa ketika berfikir dia kemudian lama menyedari individu tersebut adalah pak guard yang bekerja di kawasan perumahanya.
Berhati-hati dengan orang sekeliling, jangan cepat percaya orang
“Nak dijadikan cerita pada 10/2/22 jam 12.14am pagi Yuyun tak smpai rumah lagi masih kat luar on the way nak balik dari pergi makan. Tiba-tiba daoat notification apps CCTV dari dalam rumah “motion detected” asyik menyala je. (Saya) terus buka tengok live CCTV.
“Allahuakhbar sekali tengok ade seorang lelaki dalam rumah Yun, lelaki tu macam familiar sangat sekali tengok baju dia pakai, OH NO! Kenal sangat, rupanya security guard perumahan Yuyun’
Siap WhatsApp call tanya
Lebih mengejutkan apabila lelaki berkenaan turut dilihat menukar baju dan pakaian di sana selain berani menelefonnya menerusi WhatsApp Call dipercayai memang mempunyai niat yang tidak baik.
“Dia dok berkeliaran dalam rumah, naik turun siap buka baju seluar semua, (malah) sempat lagi dia WhatsApp Call Yun tanya kat mana. Motif dia bukan nak mencuri atau merompak pun. Dia memang nak cari Yun & memang ada niat yang tak baik.
“Rumah semua berkunci tapi dia lagi pandai, tak tahu la tahu macam mana dia boleh masuk,” tulis wanita itu.
Minta kakak dan abang ipar periksa rumah
Khuatir akan belaku perkara tidak baik, Yuyun terus bertindak menghubungi kak dan abang iparnya untuk memeriksa lelaki berkenaan di rumahnya.
Namun sebaik mereka tiba, lelaki berkenaan bergegas melarikan diri namun tertinggal uniform pengawal keselamatan yang digunakannya.
Yuyun bersama keluarga kemudian terus membuat laporan polis di balai polis berhampiran.
“Kita terus cepat-cepat call kakak dan abang ipar suruh pergi tengokkan rumah. Bila abg ipar sampai je rumah terus lelaki ni lari keluar rumah smpai tertinggal baju kerja security guard dia. Tapi Alhamdulillah Yuyun bersyukur sangat-sangat Allah masih pelihara dan lindungi Yun dan anak-anak,” kata Yuyun lagi.
Dia dalam masa sama turut berkongsi laporan yang telah dibuatnya di balai polis berkenaan.
Akhirnya tertangkap, ada rekod dadah
Namun sehari kemudiannya, lelaki berkenaan berjaya diberkas. Polis kemudian memaklumkan dia mempunyai rekod dadah dan itu menurut Yuyun mungkin membuatkan dia menjadi lebih berani.
Tambahnya lagi, kes ketika ini sedang berjalan dia turut memohon orang ramai untuk mendoakan keselamatan dirinya sekeluarga.