Ramai Masih Keliru, Ini Sebenarnya Jumlah Gaji Yang Layak Dikenakan Cukai Pendapatan

Sebut sahaja tentang cukai pendapatan atau income tax, pasti ada di kalangan anda yang akan mula berkerut dahi kerana memikirkan adakah perlu untuk mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Mungkin isu ini bukanlah satu perkara besar untuk mereka yang sudah lama berurusan dengan LHDN, namun ia agak merumitkan buat mereka yang belum pernah membayar cukai pendapatan khususnya :

  1. Golongan fresh grad yang baru memasuki alam pekerjaan.
  2. Individu yang baru menerima kenaikan gaji dan tiada fail cukai pendapatan.
  3. Individu yang baru sahaja memulakan perniagaan.

Yelah, bukan semua orang tahu siapakah golongan yang diwajibkan membayar cukai pendapatan dan berapa jumlah gaji yang diterima mereka yang melayakkannya untuk dikenakan cukai bukan?

Jadi bagi memudahkan anda di bawah kami kongsikan taraf gaji kelayakan cukai pendapatan yang diterbitkan LHDN di laman sesawang mereka.

Adakah saya layak dikenakan cukai pendapatan?

Sebelum ini, individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 atau RM2,125 setiap bulan (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Ia bagaimanapun dinaikkan kepada RM26,501 pada tahun 2010, RM30,667 (2013), sebelum akhirnya ditetapkan kepada RM34,000 pada 2015.

Ini bermakna mulai 2015, mereka yang menerima gaji melebihi RM2,833.33 setiap bulan (selepas potongan KWSP) kini diwajibkan untuk mendaftar fail cukai seperti yang dimaklumkan LHDN.

Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.

Jadi apa yang patut saya lakukan jika saya layak dikenakan cukai

Sekiranya layak, anda perlu memohon pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan di cawangan LHDN yang berhampiran.

Selain itu anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran :

  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
  • Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).

Pengenaan Cukai Pendapatan Untuk Warganegara Asing

Jika anda seorang warganegara asing yang bertugas di negara ini, anda perlu memberitahu Cawangan Tidak Bermastautin atau cawangan LHDNM yang berhampiran dalam jangkamasa 2 bulan dari tarikh ketibaan anda di Malaysia.

Apa itu Skop Pengenaan Cukai?

Pembayar cukai yang bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas semua pendapatan yang diperoleh di Malaysia dan pendapatan yang diterima dari luar Malaysia. Skop pengenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf permastautinannya.

Bila perlu kemukakan borang BNCP?

Sekadar info, sebagai pembayar cukai, anda perlu mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) sama ada menggunakan borang kertas atau melalui aplikasi e-Filing :

  • Sebelum atau pada 30 April bagi Individu tidak menjalankan perniagaan
  • Sebelum atau pada 30 Jun bagi Individu menjalankan perniagaan

Pelepasan Cukai Individu Pemastautin bagi Tahun Taksiran 2021

Untuk pelepasan cukai bagi tahun taksiran 2021 rujuk jadual yang diterbitkan LHDN di bawah :

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

6 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

13 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago