fbpx
Now Reading
Isu Diskriminasi Terhadap Pekerja OKU, McD Akan Ambil Tindakan Terhadap Pengurus Di Cawangan Terlibat

Isu Diskriminasi Terhadap Pekerja OKU, McD Akan Ambil Tindakan Terhadap Pengurus Di Cawangan Terlibat

Menurut McDonald’s, perbuatan pengurus restoran terlibat adalah tidak wajar dan telah melanggar dasar kepelbagaian dan keterangkuman syarikat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa hari lalu, tular di media sosial perkongsian seorang pengguna Facebook, Muhammad Hanis yang mendakwa adik lelakinya, seorang pekerja sambilan di cawangan McDonald’s Forest Height di Senawang telah menerima layanan tidak wajar dari pengurusan di cawangan tersebut.

Menurut Muhammad Hanis, adiknya Aniq Ashraf yang juga seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) Dyslexia tidak dilayan seperti pekerja normal lain apabila salah seorang dari pengurus hanya menganggapnya seperti nombor dan bukan sebagai manusia biasa,

Ini kerana mereka hanya merujuk adiknya sebagai ‘nombor’ walhal pekerja lain dirujuk mengikut nama masing-masing di dalam jadual harian pekerja.

Lebih menaikkan kemarahan keluarganya apabila pengurus berkenaan turut menggelarkan adiknya dengan panggilan ‘bodoh’.

“Kalau U manusia bukan nombor pastikan lobi aku tak bersepah penyapu dekat luar. Manusia dia dengar cakap, kalau nombor dia tak dengar cakap, dia bodoh sikit,” tulis pengurus biadap tersebut menerusi satu perbualan WhatsApp.

Berang dengan perkara tersebut dia kemudian cuba menghubungi pengurus biadap berkenaan namun usahanya tidak berhasil apabila panggilannya tidak dijawab.

Dia kemudian bertindak menghubungi McD berkenaan dan dimaklumkan bahawa pengurus terbabit tidak datang bekerja.

Lelaki ini kemudian berjaya berjaya bercakap dengan pengurus cawangan berkenaan. Mengakui tindakan pengurus terbabit adalah bersifat peribadi, pengurus cawangan ini kemudian memaklumkan akan cuba menasihati anak buahnya itu.

“Dah bertalu-talu aku maki kan ‘Tan Sri’ ni, aku call semula McD ni and cakap dengan store manager dia, seorang perempuan anak namakan dia ‘Nor’. Aku minta dia explain pasal benda ini dan dia bagi tahu tak boleh buat apa, itu tindakan anak buah dia sebagai individu dan dia tak boleh nak halang. Dia akan cuba bagi nasihat dan aku nak Tan Sri ni diambil tindakan.

“Aku demand untuk jumpa store manager (Nor) dan Tan Sri ni sekali yang acah-acah pandai sebab bodohkan seorang invidu yang bergelar OKU,” tulis Hanis lagi.

Namun apa yang lebih mengejutkan lelaki ini ialah semua pekerja berstatus OKU di sana dirujuk sebagai nombor dan bukan nama seperti staf biasa.

“Dan Nor (pengurus cawangan) ni ada mentioned yang untuk golongan OKU yang kerja situ, memang dia orang buat jadual tak letak nama, dia orang letak sebagai nombor. Tak tahu kenapa diorang buat macam sebab yang lain elok je tulis nama masing-masing, yang OKU je berbeza sebab ada nombor.”

Diskriminasi terhadap OKU

Jelasnya, perbuatan ini adalah satu bentuk diskriminasi terhadap golongan OKU yang bekerja di sana.

“Kelakuan yang tidak wajar”

Terbaharu, McDonald’s Malaysia yang menghubungi The Rakyat Post memaklumkan pihaknya sudah pun menjalankan siasatan dalaman berhubung isu berkenaan.

Hasil dari siasatan mereka mendapati perbuatan pengurus restoran terlibat adalah tidak wajar dan telah melanggar dasar kepelbagaian dan keterangkuman McDonald’s justeru dia bakal dikenakan tindakan.

“Kami dapat mengesahkan bahawa perbuatan pengurus restoran tersebut tidak boleh diterima dan telah melanggar dasar kepelbagaian dan keterangkuman McDonald’s. Tindakan sewajarnya akan diambil terhadap individu berkenaan.”

Sudah berhubung dengan keluarga

Menurut McD lagi, mereka juga sudah berhubung dengan keluarga krew terlibat untuk memohon maaf dan menyelesaikan isu yang timbul.

“Staf tersebut adalah kakitangan kami yang berharga dan sudah berkhidmat selama 4 tahun bersama McDonald’s.”

Kenyataan berkenaan turut dikongsikan McD di laman sesawang mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.