Wanita Larikan Honda City & Rempuh Kereta Lain Ditahan, Rupanya Ada 14 Rekod Jenayah
Wanita itu juga didakwa telah menggigit orang awam yang menghalangnya dari melarikan diri.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak semalam, media sosial hangat memperkatakan mengenai penularan sebuah video kemalangan membabitkan sebuah Honda City putih yang dipandu secara agresif dengan beberapa buah kenderaan di Danau Kota, Wangsa Maju.
Video tersebut yang dimuat naik seorang pengguna Twitter, @ptryhamzah nyata menarik perhatian netizen memandangkan pemandu City berkenaan iaitu seorang wanita dilihat begitu terdesak untuk melarikan diri sehingga memaksa orang awam memecahkan cermin bahagian pemandu bagi menariknya keluar.
Menurut pengguna Twitter itu lagi, kereta berkenaan sebenarnya adalah sebuah kereta yang dicuri milik sepasang suami isteri di kawasan berhampiran.
Tambah pengguna Twitter itu lagi, wanita berkenaan juga bertindak agresif dengan mengigit orang awam yang cuba menghalangnya dari melarikan diri.
dia gigit orang yang pegang dia. kena lempang siap kena tendangggg dengan owner kereta. berdaraah hidungg pic.twitter.com/De3x9FYhNg
— 🌷 (@ptryhmzh) February 17, 2022
Disyaki lalok hisap gam, siap kena halau turun bas
Netizen kemudian mendakwa wanita berkenaan sebenarnya dalam keadaan khayal. Dia sebelum itu sudah dihalau turun dari sebuah bas selepas dipercayai terkantoi menghidu gam.
dah sedap hisap gam naik bas, dah kena halau curi kereta orang lak 🗿 pic.twitter.com/iXsIgdLWnU
— L X S T (@shxzwn) February 17, 2022
Terbaharu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintenden Ashari Abu Samah mengesahkan insiden berkenaan dan memaklumkan wanita berkenaan sudah pun ditahan.
Menurut beliau, kereta tersebut dicuri di hadapan Kolej Vokasional Setapak selepas pemiliknya meninggalkan kenderaan dalam keadaan hidup untuk mengangkat barang anak mereka di kolej tersbebut.
Suspek yang berusia 38 tahun kemudiannya masuk ke dalam kenderaan itu sebelum melarikan kenderaan ke pusat bandar.
“Pemilik kereta kemudiannya meminjam motosikal pengawal keselamatan di kolej berkenaan, untuk membuat laporan polis dan mencari keretanya,” kata Ashari.
Terdapat 14 rekod jenayah dan dadah
Hasil semakan pihak polis kemudian mendapati wanita ini mempunyai 14 rekod kesalahan termasuk jenayah dan dadah.
“Suspek ditahan mengikut Seksyen 379 A dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana curi kenderaan dan memandu dengan gopoh di jalan awam,” jelasnya.