fbpx
Now Reading
“Nama Sama Ejaan Sahaja Lain” – Sharifah Rose Didakwa Ciplak Idea & Konsep Jenama Tempatan

“Nama Sama Ejaan Sahaja Lain” – Sharifah Rose Didakwa Ciplak Idea & Konsep Jenama Tempatan

Menurutnya, apa yang membezakan jenama mereka hanyalah pada ejaan manakala sebutan, jenis perniagan, font dan logo adalah begitu mirip.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu nama pelakon dan instafamous, Sharifah Rose hangat diperkatakan di media sosial selepas dia didakwa telah menciplak sebuah jenama tempatan.

Ia mula menjadi perhatian selepas seorang pengguna Twitter @ladsheer mendakwa seorang selebriti telah mengelirukan orang ramai dengan melancarkan sebuah jenama baru iaitu sekuntum yang begitu mirip dan hampir menyamai jenama yang diusahakannya iaitu sekuntom.

Menurut wanita ini, apa yang membezakan jenama mereka hanyalah pada ejaan manakala sebutan, jenis perniagaan, reka bentuk logo seperti design bunga dan font dilihat begitu mirip.

Ini jelasnya amat mengecewakan kerana ia hanya akan mengelirukan orang ramai sekaligus memberikan impak kepada perniagaannya walaupun dia sudah beberapa tahun menapak dalam dunia perniagaan ini.

“Bila nama brand hampir sama, customer pun konfius. Akhirnya picisan ni tertindas, nak dapat follower 10K pun makan tahun.

“Sekuntom business saya develop dari 2017 rebranding pada tahun 2020. Bila teringat nak achieve 10K susah, dapat potential buyer pun susah. Artis baru introduce business sehari dah 1K followers,” ciapnya lagi.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, ramai tahu selebriti yang dimaksudkan wanita ini ialah Sharifah Rose memandangkan usahawan tersebut memuat naik tangkap layar jenama Sekuntum yang bakal dilancarkan Sharifah Rose dalam masa terdekat.

Malah Sharifah juga dilihat mengenai perkembangan tersebut di akaun Instagram miliknya.

Bukan itu sahaja, isu tesebut turut menyebabkan satu lagi isu lain timbul apabila netizen mula menggambarkan dia sebagai seorang yang tidak beretika apabila didakwa meniru bulat-bulat design iklan sebuah syarikat tenusu di Australia, Macamilk dan menggantikan logo mereka dengan logo sekuntum sebelum dimuat naik di Instagram.

Pendedahan-pendedahan ini menyebaban Sharifah teruk menerima kecaman orang ramai. Ada yang merasakan perbuatannya begitu memalukan malah boleh menjatuhkan perniagan usahawan lain.

Cubaan kami untuk mendapatkan respon dari pelakon berkenaan bagaimanapun tidak berhasil. Kami akan mengemaskini artikel ini sekiranya mendapat apa-apa maklum balas darinya.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.