“Cepat Lupa Jasa..” – Chef Wan Sedia Tunjuk Bukti Taja Perkahwinan Chef Riz & Shikin Maembong

Sejak beberapa hari lalu, nama chef selebriti terkemuka negara, Datuk Chef Wan dan bekas menantunya, Shikin Maembong menjadi topik hangat di kalangan netizen.

Semuanya selepas Chef Wan menerusi satu hantaran di Instagram mendedahkan dia menerima surat tuntutan saman dari peguam bekas menantunya itu ekoran dari teguran terbuka yang dilakukannya terhadap Shikin dan juga Chef Riz membabitkan isu anak.

“Miskin sangat ke nak saman saya 1 juta”

Mengakui terkilan dengan tindakan tersebut, Chef Wan turut meluahkan sudah penat untuk melayan ‘drama’ berkenaaan memandangkan kedua-dua mereka sudah dewasa dan mampu berfikir.

Malah dia mengingatkan Shikin yang dia telah banyak membantu wanita itu sewaktu dia dalam kesusahan bahkan turut menaja majlis perkahwinan dia dan Chef Riz suatu masa dahulu.

“Masing-masing dah tua. Tolonglah matang. Mahkamah ada banyak isu yang penting. Jangan ditambah lagi isu-isu bodoh nak saman bekas bapa mertua.

“Lupa ke jasa saya bersusah payah kahwinkan kamu berdua guna duit saya 100%? Anak saya dah bersetuju untuk anaknya dijaga ibu (Shikin) cukuplah. Jika dia (Chef Riz) mahu luangkan masa bersama anaknya beberapa hari dalam sebulan biarkan. Itu adalah anaknya,” tulis Chef Wan.

“100% kahwin duit sendiri”

Tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, Syikin kemudian tampil menerusi IG Story menafikan dakwaan yang kononnya dia menggunakan duit Chef Wan untuk mengadakan majlis perkahwinannya.

Malah menurut kakak kepada pelakon, Emma Maembong itu, kenyataan berkenaan adalah fitnah di mana 100% duit dari majlis berkenaan adalah menggunakan wang simpanannya bersama Chef Riz tanpa 1 sen pun menyentuh wang bekas bapa mertuanya itu.

“Saya bukanlah sejenis yang suka mengaibkan atau bercerita tentang peribadi saya dalam Instagram. Tapi keadaan memaksa saya sebab ramai juga yang DM.

“Masa saya kahwin dengan bekas suami duit perkahwinan kami adalah 100 peratus duit sendiri. Ketika itu saya dan suami (Chef Riz)buat perniagaan Elken, kami kumpul duit sendiri. 100 peratus duit sendiri dan tiada satu sen pun daripada bekas bapa mentua saya,” katanya lagi.

Boleh bawa saksi dan bukti cheque bud

Berang dengan penafian tersebut, Chef Wan kemudian memuat naik video yang dikongsikan dan menggelarkan kenyataan sebagai menipu.

Menurut Chef Wan, keadaan kewangan anaknya pada waktu itu tidak begitu stabil untuk menampung kos perbelanjaan perkahwinannya. Justeru dia memilih untuk membantu mereka dan menguruskan segala persiapakan kahwin.

Malah dia bersedia untuk menunjukkan bukti-bukti tersebut iaitu dengan membawa saksi pada hari kejadian selain mencari cheque bud yang masih disimpan.

“Such a liar! I asked my son semasa reception wedding di Ombak Asmara tu jika tak salah dinner for about 100 pax dan segala urusan pelamin siapa yg bayar dan uruskan?

“I can bring my saksi ketika itu mcm aunty Florence and a few others yang ikut sama to help me arrange this ceremony and paid them my self! I am sure i still can find the cheque bud itu. I dont fitnah this stupid person with her innocent face trying to accused me.

“Mesti owner of Ombak Asmara Restaurant di Ampang itu pun tahu, termasuk saksi-saksi tetamu yang datang malam itu yang tahu saya uruskan itu semua.

Wow cepat sungguh kau lupa jasa-jasa aku kawin kan kau orang atas hasil penat lelah aku bekerja lepas tu mengaku openly konon difitnah,” luah Chef Wan panjang lebar.

Such a liar

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

31 mins ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

21 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

21 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

21 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

22 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

22 hours ago