fbpx
Now Reading
’28 Tahun Dia Berkhidmat’- Kisah Pemilik Stesen Minyak Hadiahkan Staf Pakej Umrah VIP Buat Ramai Terharu

’28 Tahun Dia Berkhidmat’- Kisah Pemilik Stesen Minyak Hadiahkan Staf Pakej Umrah VIP Buat Ramai Terharu

Selain pakej umrah, dia turut menghadiahkan pakej percutian dalam negara untuk pekerja yang mempunyai rekod cemerlang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Manusia tak pernah tahu di mana dia harus menjemput rezekinya. Tapi, rezeki pasti tahu di mana pemiliknya.

Kata-kata ini sesuai dikaitkan dengan kisah seorang wanita dari Kedah yang sedang tular di aplikasi TikTok sehingga menarik perhatian netizen selepas dikongsikan oleh majikannya.

Makcik Sopuan atau nama penuhnya Sopuan Binti Salleh difahamkan sudah 28 tahun berkhidmat di Petronas Pendang, Kedah. Kesetiaan beliau selain sikap dedikasi yang tinggi menyebabkan majikannya, Siti Nur Ahmad terbuka hati untuk menghadiahkannya pakej Umrah.

“Staf paling lagenda di stesen minyak Petronas Pendang. Long Service Reward ‘Pakej Umrah’ kepada beliau,” tulis Siti di TikTok.

Yang menariknya, pakej umrah yang diterima bukanlah pakej biasa-biasa, sebaliknya pemilik dua stesen minyak di sekitar Kedah ini berbesar hati untuk menghadiahkan pakej Umrah VIP yang pastinya akan menjadi satu kenangan istimewa buat Sopuan.

Menerusi video yang dikongsikan, Sopuan bersama beberapa lagi individu dilihat menaiki kapal terbang kelas perniagaan untuk ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah.

@siti5874 Staff paling Legend di Petronas Pendang. Long Servis Reward “Pakej Umrah” kpd beliau🥰 #fyp #fypシ #fypシ゚viral #foryou #tiktok #viral #fypdongggggggg ♬ suara asli – Galeri Musik01

Perkongsian tersebut nyata mendapat pelbagai reaksi positif di kalangan netizen apabila ramai yang dilihat memuji tindakan Siti selaku majikan kerana begitu menghargai pekerjanya.

Bahkan ada segelintir yang turut mengakui sudah berpuluh tahun mengenali makcik Sopuan yang sememangnya terkenal sebagai staf lagenda di stesen minyak tersebut.

Pekerja pertama dihantar, dan ada lain yang akan menyusul

Mengulas mengenai trip umrah tersebut, usahahawan berusia 34 tahun ini mendedahkan Mak Cik Sopuan merupakan pekerja pertama yang dibawanya untuk menunaikan umrah iaitu pada Januari 2020 lalu.

Dia difahamkan sudah merancang untuk menghantar beberapa lagi kakitangan senior yang sudah lama berkhidmat namun ianya terpaksa ditangguhkan ekoran dari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam mengekang penularan wabak Covid-19.

“Saya reward kepada long service staff, dan Sofuan staf paling lama berkhidmat untuk saya.

“Sepatutnya ada lagi ‘staf legend’ yang saya nak bawa tahun lepas tapi dah PKP.

“Saya sasar untuk hantar seorang pada setiap tahun untuk mengerjakan umrah – mengikut tempoh perkhidmatan mereka,” kata Siti kepada BuzzKini.

Selain pakej umrah, dia turut menghadiahkan pakej percutian dalam negara kepada pekerja-pekerja yang mencatatkan pencapian cemerlang antaranya di hotel 5 bintang seperti Hard Rock dan Golden Sand Hotel.

Mereka ada di waktu susah dan senang saya

Jelas usahawan ini lagi, dia tergerak hati untuk memberikan ganjaran sebegini sebagai tanda penghargaan di atas kesetiaan mereka yang sudah lama berkhidmat dengannya.

“Saya harap apa yang saya lakukan boleh menjadi ikutan kepada majikan-majikan kerana kita kena menghargai pekerja kita,” katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.