Fed Up Nama Kampung Selalu Kena Tapis Di Internet, Penduduk Di Fucke, Sweden Mohon Tukar Nama

Pemilihan nama sesuatu tempat atau kawasan sebenarnya bukan satu perkara yang mudah. Ia kebiasaanya dipilih oleh orang-orang terdahulu berdasarkan beberapa faktor penting seperti latar belakang, sejarah dan lain-lain.

Sebagai contoh, negeri Melaka diambil bersempena nama pohon yang dijadikan tempat berteduh oleh pengasasnya, Parameswara sewaktu baginda menyaksikan satu kejadian aneh apabila seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja.

Namun ada juga keadaan yang menyebabkan nama sesuatu kawasan ditukar antaranya pekan Batang Berjuntai selepas kerajaan negeri Selangor mendapati nama tersebut tidak sesuai digunakan pada masa ini.

Keadaan sama turut dijangka berlaku pada sebuah perkampungan kecil di negara cantik, Sweden iaitu Fucke.

Difahamkan penduduk di perkampungan kecil itu mula muak apabila nama kampung mereka sering ditapis, dikenakan flagged’ atau censored setiap kali mereka berkongsi mengenai kampung tersebut di media sosial khususnya di Facebook.

Foto : Google

Malah mereka juga berdepan masalah setiap kali cuba menjual barangan secara online. Ini kerana nama Fucke sering disalah ertikan di media sosial dek kerana ejaan dan sebutannya hampir menyamai perkataan terlarang di dalam Bahasa Inggeris.

Mohon tukar nama dari Fucke kepada Dalsro

Penduduk di perkampungan kecil tersebut kemudiannya sepakat membuat permohonan kepada jabatan tanah di sana untuk menukar nama kampung tersebut menjadi Dalsro yang bermaksud lembah sunyi di dalam bahasa Sweden.

Permohonan ini bagaimanapun tidak semudah yang mereka sangkakan. Ini kerana kampung Fucke yang terletak di tebing Fuckesjön (‘Tasik Fucke’) dan hanya terdiri dari 11 buah rumah ini sudah menggunakan nama tersebut sejak sekian lama, lapor Daily Mail.

Disebabkan itu nama kawasan ini dijaga dan dipelihara oleh Swedish National Heritage Board. Malah sebarang perubahan nama kawasan juga tertakluk di bawah Akta Alam Sekitar dan Budaya Negara (Cultural Environment Act). 

Sehubungan itu, penduduk kampung di sana terpaksa menunggu jabatan tanah untuk menyelesaikan isu nama tersebut dengan beberapa agensi terbabit sebelum mereka dapat memulakan proses permohonan untuk penukaran nama berkenaan.

Foto : Teller Report

Apakah maksud Fucke di dalam bahasa Sweden?

Menurut agensi kerajaan terlibat iaitu Institute for Language and Folklore, perkataan Fucke itu sendiri sudah digunakan di negara Scandinavia itu seawal tahun 1547 yang membawa maksud ‘di tepi tasik, terletak sangat tinggi di lereng bukit dengan padang yang sangat curam’.

Sebagai info, ini bukan kejadian pertama yang berlaku di negara Scandinavia itu. Sekitar tahun 2007 penduduk di sebuah perkampungan bernama ‘Fjuckby’ juga pernah cuba menukar nama kampung mereka kepada Fjukeby, namun permohonan itu ditolak dan nama berkenaan terus kekal digunakan.

Secara peribadi, kami merasakan nama-nama itu tidaklah seteruk mana kerana ianya diambil dari bahasa Sweden itu sendiri apatah lagi ia membawa maksud yang begitu baik. Tetapi kalau kerap berdepan masalah sama atau jadi bahan ejekan mungkin jadi muak lah juga kan?

Recent Posts

  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

24 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 hours ago
  • News

Bukan Sunnah Rasulullah SAW, Mufti Perak Seru Berhenti Boikot KK Mart

Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…

3 hours ago
  • Trending

Hukum Main Claw Machine Haram – UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

6 hours ago