“Rasa Baru Dilahirkan Semula” – Sajat Dakwa Berjaya Tukar Status Jantina [Video]
Dia dalam masa sama turut memaklumkan tidak akan menukar namanya, sebaliknya akan kekal menggunakan nama Nur Sajat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum pasti mengetahui usahawan kontroversi, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman kini sudah menetap di Australia.
Hampir lima bulan menetap di sana, Sajat pada awal Februari mengakui hidupnya kini gembira kerana sudah berjaya mengecap kehidupan yang bebas selain dapat mengembangkan perniagaannya ke negara Kanggaru itu.
Terbaharu, Sajat mencuri tumpuan orang ramai apabila mendakwa sudah berjaya menukar status jantinanya kepada wanita secara sah di sana.
Dia yang tampil menerusi satu sesi Live di Instagram meluahkan rasa gembira dan berasa seperti baru dilahirkan semula kerana proses untuk menukar status jantina tersebut begitu mudah dilakukan.
“Happy-nya kita, macam dilahirkan semula je rasa.
“Semua dah selesai. Saya dah tukar ‘gender’ saya dekat sini. Saya rasa selesa sangat menjadi seorang wanita, saya sangat menghargai kerana negara ini faham keadaan saya dan saya rasa sangat bebas sekarang.
“Saya boleh jadi siapa yang saya mahukan, saya bangga menjadi wanita. Terasa seperti dilahirkan semula, ini yang saya mahukan. Saya mahu orang terima saya,” kata Sajat di dalam video tersebut.
Saya bangga dengan nama Nur Sajat
Dia yang sedang berinteraksi dengan pengikutnya kemudian memaklumkan tidak akan menukar namanya, sebaliknya akan kekal menggunakan nama Nur Sajat.
“Saya bangga dengan nama Nur Sajat. Satu dunia kenal nama ini.
“Nama ini satu dalam sejuta tau,” kata Sajat lagi.
Sebagai info Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menerusi lawan web mereka memaklumkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada April 1982 telah memutuskan bahawa pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram dari hukum syarak.
Bahkan perbuatan untuk menukar status jantina daripada seorang transgender kepada wanita dalam MyKad setelah menjalani pembedahan yang tidak dibenarkan syarak juga adalah haram.