fbpx
Now Reading
2 Rakyat Malaysia Terima Anugerah Kehormat Daripada Kerajaan UK

2 Rakyat Malaysia Terima Anugerah Kehormat Daripada Kerajaan UK

Kedua-dua mereka terpilih untuk menerima anugerah tersebut sebagai menghargai sumbangan masing-masing dalam bidang perubatan dan kemasyarakatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dua rakyat Malaysia iaitu seorang pemandu pengembara dari Sabah, Tham Yau Kong dan doktor digi yang sudah bersara, Dr Vinod Kumar Joshi telah diumumkan sebagai penerima anugerah kehormat daripada Kerajaan United Kingdom (UK).

Menerusi Senarai Anugerah Kehormat yang diumumkan di UK semalam, Dr Vinod yang juga pengasas Yayasan Kanser Mulut UK akan menerima anugerah Officer of the Order of the British Empire (OBE) di atas sumbangannya memerangi kanser.

Foto : Gov.UK

Tham pula menerima anugerah Member of the Order of the British Empire (MBE) bagi sumbangannya dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, sejarah dan budaya.

Foto : Gov.UK

Menurut Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Charles Hay, Dr Vinod Kumar yang menubuhkan Yayasan Kanser Mulut pada 2004 telah mewujudkan satu rangkaian sokongan yang begitu diperlukan dalam menghubungkan pesakit berfikiran serupa sebelum ianya berkembang menjadi sebuah badan amal.

“Selain berkongsi pelbagai sumber mengenai kanser mulut, Dr Vinod Kumar bersama yayasannya telah memainkan peranan dalam menggalakkan ujian saringan kerana diagnosis awal mampu menyelamatkan nyawa,” Charles.

Tambah beliau, Dr Charles sehingga kini masih lagi menjawat jawatan sebagai ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kanser Mulut United Kingdom.

Bagi Tham pula, Charles menjelaskan dia layak menerima anugerah MBE kerana jasa-jasanya dalam penyelidikan dan menjejaki laluan perarakan kematian perang dunia kedua Sandakan-Ranau pada 2005, satu lakaran sejarah yang penting bagi UK dan Malaysia.

Selain itu dia juga tidak lokek untuk berkongsi ilmu dan penyelidikannya dengan golongan pelajar serta Angkatan Bersenjata UK selain mendekatkan orang ramai dengan anak cucu tawanan perang (POW) yang terbabit.

Baca artikel berkaitan : Pemandu Pelancong Di Sabah Terima Anugerah Daripada Queen Elizabeth II. Tahniah!

Pemberian anugerah itu menurut Charles adalah bagi mengiktiraf sumbangan kedua-dua mereka kepada masyarakat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.