Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Maybank baru-baru ini telah mengumumkan sebarang transaksi pihak ketiga (3rd party) hanya akan menggunakan pengesahan menerusi Secure2U bermula 8 Mac 2022.
Perubahan ini melibatkan semua jenis transaksi dengan pihak ketiga sama ada pemindahan dari Maybank ke Maybank, atau pemindahan jenis IBG (Interbank GIRO).
Dengan ini tiada lagi penggunaan SMS TAC yang sebelum ini menjadi kaedah utama untuk tujuan transaksi berkenaan.
Maybank sebelum ini telah mula memperkenalkan ciri Secure2U secara berperingkat mengikut amaun. Namun bermula 8 Mac 2022, ia akan menyokong semua jenis transaksi pemindahan tanpa mengira amaun.
Menurut mereka, Secure2u adalah kaedah yang lebih selamat dan mudah untuk mengesahkan transaksi, yang boleh dilakukan sama ada dengan menggunakan Secure Verifiction (Pengesahan Selamat) atau Secure TAC (nombor TAC enam digit yang dihasilkan pada aplikasi mudah alih Maybank2u).
Ia membolehkan pengguna Maybank2u untuk bersetuju atau menolak transaksi dalam talian pada peranti mereka sebaik notifikasi pemberitahuan mengenai transaksi dihantar ke telefon mereka.
Cara aktifkan Secure2U anda :
Untuk mengaktifkan Secure2U rujuk video dan infografik di bawah :