fbpx
Now Reading
TMJ Akan Undur Diri Dari Dunia Bola Sepak Jika JDT Tewas Di Tangan KL City FC Lagi

TMJ Akan Undur Diri Dari Dunia Bola Sepak Jika JDT Tewas Di Tangan KL City FC Lagi

Kenyataan itu itu dikeluarkan Tunku Ismail menerusi satu komen di instagram rasmi JDT.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama pemilik pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi perhatian peminat sukan selepas baginda membuat satu kenyataan mengejutkan di Instagram.

Menurut Tunku Ismail, baginda akan mengundur diri dari segala aktiviti berkaitan bola sepak sekiranya JDT tewas kepada pasukan KL City FC pada perlawanan Sumbangsih Piala Sultan Haji Ahmad Shah yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor itu.

Ini bermakna baginda akan turut sama mengundurkan diri dari memegang tampuk kepimpinan Harimau Selatan.

Kenyataan itu itu dikeluarkan Tunku Ismail menerusi satu komen di salah satu posting terbaharu laman instagram rasmi JDT, OfficialJohor sebentar tadi.

Namun ada yang merasakan kenyataan berani ini adalah satu gambaran bahawa Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu begitu yakin terhadap kemampuan anak buahnya untuk menjulang trofi pembuka tirai itu.

Sebagai rekod, KL City FC pada Disember tahun lalu berjaya mencipta sejarah apabila menundukkan JDT yang juga bertahan 2-0 di perlawanan Piala Malaysia edisi ke-100 tahun.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.