fbpx
Now Reading
JDT Juara Piala Sumbangsih 2022

JDT Juara Piala Sumbangsih 2022

JDT menewaskan KL City FC dengan jaringan 3-0 pada perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kejuaraan Piala Sumbangsih kekal milik juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menewaskan KL City FC dengan jaringan 3-0 pada perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sebentar tadi (26 Februari 2022).

Ini merupakan kejayaan kelima berturut-turut JDT menjulang Piala Sultan Haji Ahmad Shah sekali gus melebarkan rekod tujuh kejuaraan Piala Sumbangsih selepas memenanginya pada edisi 2015, 2016, 2018, 2019, 2020, dan 2021.

Beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri, JDT ternyata lebih dominan dan banyak menguasai padang sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung.

Bermula dengan baik di masa pertama menerusi jaringan Nazmi Faiz Mansor (26′) yang tidak mensia-siakan hantaran cantik dari Arif Aiman, JDT kemudian terus menggandakan jaringan menerusi pemain baru mereka Fernando Foriestri pada minit ke-31.

Afiq Fazail kemudian melenyapkan harapan The City Boys apabila menjaringkan gol ketiga dengan sepakan voli kemas terus ke dalam gawang gol KL City pada minit ke 85.

Menurut statistik perlawanan yang berlangsung 90 minit itu, JDT melakukan 13 percubaan manakala anak buah Bojan Hodak hanya berjaya melakukan 4 percubaan.

Tahun lalu, JDT menewaskan Kedah dengan jaringan 2-0.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.