fbpx
Now Reading
Polis Siasat Kes Pemandu Van Dipukul Di Puncak Jalil

Polis Siasat Kes Pemandu Van Dipukul Di Puncak Jalil

PDRM bagaimanapun belum dapat mengenal pasti punca kejadian kerana tidak menerima sebarang laporan polis dari mana-mana pihak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular di media sosial satu video insiden pergaduhan melibatkan seorang pemandu Proton Saga dan juga pemandu van putih dipercayai di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan.

Menerusi video tersebut, pemandu Saga itu pada mulanya dilihat berdiri di tingkap belah pemandu van sambil memarahinya dipercayai kerana melanggar kereta miliknya.

Namun dia kemudiannya mula memukul pemandu van berkenaan dan menariknya keluar sebelum berterusan membelasahnya dengan buah silat hingga menyebabkan mangsa akhirnya rebah di atas jalan.

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia sudah pun membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang A A Anbalagan, pihaknya telah mengesan rakaman berkenaan yang tular di apliasi di Facebook.

“Video menunjukkan seorang lelaki menaiki Proton Saga BLM memukul seorang pemandu van berwarna putih.

“Lelaki itu juga dilihat mengeluarkan kata-kata ‘nak lagi tak, nak lagi tak’ sambil menumbuk mangsa beberapa kali dan menarik keluar mangsa dari van sehingga jatuh ke tengah jalan,” kata Anbalagan dalam satu kenyataan.

Pihak polis bagaimanapun belum dapat mengenal pasti punca kejadian kerana tidak menerima sebarang laporan polis dari mana-mana pihak.

Justeru beliau menyeru individu yang terlibat atau saksi yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

“Bagaimanapun Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan berhubung kejadian itu.

“Kami memohon kerjasama individu yang terlibat dalam kejadian ini atau orang awam yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

“Orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Sophian Sian di talian 016-5092654 atau Bilik Gerakan IPD Serdang di talian 03-80742222 untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tonton video kejadian di sini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.