“Pandai Cakap Nogori” – Video Nyonya Fasih Berdialek N9 Dapat Perhatian Netizen
Hubungan yang akrab tanpa mengira bangsa dan agama ini membuatkan netizen suka melihatnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Untuk fasih pada sesuatu bahasa dan dialek sesebuah negeri bukanlah satu perkara yang mudah terutama jika anda adalah orang luar, di mana ia memerlukan praktis yang lama.
Menerusi TikTok, seorang pengguna @MazzYaakub telah berkongsi satu video perbualannya bersama jirannya seorang warga emas berketurunan cina yang dilihat fasih menggunakan dialek Negeri Sembilan.
Menurut MazzYaakub, wanita yang digelar dengan panggilan Nyonya itu telah berpindah ke Negeri Sembilan sejak beliau mula berkahwin.
Di dalam video itu, kedua-dua mereka sedang berbual santai bercerita mengenai keadaan Nyonya yang sudah tidak berdaya untuk melakukan banyak aktiviti seperti berjalan lama disebabkan kondisi pinggangnya.
Malah hubungan kedua mereka juga dilihat amat akrab sehingga Nyonya ini turut menitipkan ang pao buat anak lelaki Mazz Yaakub yang bernama Muhammad atas tanda ingatannya kepada kanak-kanak itu.
@kak.mazz ♬ Belum Siap Kehilangan – Afiq Adnan
Perkongsian video itu nyata menjadi tumpuan netizen memandangkan Nyonya dilihat begitu petah berdialek Negeri Sembilan selain mereka dilihat begitu akrab dalam berjiran.
Ramai yang kemudian meluahkan rasa kagum mereka dan mendoakan kesihatan Nyonya dan juga Mazz.
“Pandai cakap nogori”
“Baiknya aunty”
Bukan seorang diri, ada anak yang jaga
Dalam pada itu Mazz memberitahu kami, nyonya ini juga seorang yang mampu dan tidak hidup seorang diri, sebaliknya dia masih mempunyai anak-anak yang menjaganya. Beliau bagaimanapun difahamkan lebih selesa untuk duduk di rumahnya sendiri.
Setakat artikel ini ditulis, video ini telah mendapat 245.1 ribu tontonan, 15.8 ribu tanda suka dan 461 komen serta 334 perkongsian di TikTok.