fbpx
Now Reading
Khairy Jamaluddin Tampil Sebagai Karikatur Bersama Upin Ipin Sebagai Duta PICKids [Video]

Khairy Jamaluddin Tampil Sebagai Karikatur Bersama Upin Ipin Sebagai Duta PICKids [Video]

Sebelum ini beberapa figura telah muncul sebagai karikatur, kini tiba masa KJ pula.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kartun animasi popular Upin & Ipin sering menjadi kartun pilihan kanak-kanak pada masa kini. Ia sering tampil dengan kisah yang menarik dan banyak menonjolkan teladan yang baik untuk dicontohi.

Disebabkan popularitinya yang tinggi, Upin & Ipin telah dilantik menjadi Duta Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak-kanak (PICKids).

Yang menariknya mereka yang muncul menerusi satu video animasi singkat untuk PICkids turut menampilkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebagai karikatur khas.

Dalam video berdurasi 30 saat itu, kelihatan Upin & Ipin hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kampung Durian Runtuh bersama warisnya iaitu Opah dan Kak Ros.

Kehadiran mereka di PPV itu adalah bertujuan untuk mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 seperti yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dua adik-beradik kembar itu turut memberi pesanan kepada semua agar mendapatkan suntikan vaksinasi COVID-19 bagi melindungi diri daripada jangkitan virus ini.

Upin & Ipin turut menjelaskan bahawa tiada rasa sakit yang dialaminya selepas  mendapatkan suntikan.

Dalam video itu, kelihatan Khairy Jamaluddin yang mengenakan baju lengan panjang berwarna biru itu mengucapkan syabas kepada Upin & Ipin kerana telah tampil menjalankan tanggungjawab mereka dengan mengambil vaksin.

Sementara itu, Khairy dalam laman Twitternya turut mengucapkan terima kasih kepada Duta PICKids itu dan memesan lindungi diri, lindungi kanak-kanak, lindung semua.

Setakat artikel ini ditulis, video ini telah mendapat 317,000 tontonan serta 6.3 ribu tanda suka di laman rasmi Youtube Les’Copaque Production.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.