fbpx
Now Reading
“Misleading..” – KP Imigresen Tegur Lawak ‘2 Kaunter KLIA’ Harith Iskander, Dakwa Ia Tidak Tepat

“Misleading..” – KP Imigresen Tegur Lawak ‘2 Kaunter KLIA’ Harith Iskander, Dakwa Ia Tidak Tepat

Harith Iskander kemudian menjelaskan yang ia hanyalah satu lawak jenaka dan bukannya satu prosiding di Parlimen.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama pelawak, Harith Iskander rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan sahaja dikenali sebagai salah seorang pelawak tersohor di Malaysia, malah beliau juga pernah dianugerahkan “Funniest Person In the World” pada tahun 2016.

Terbaharu Harith yang aktif di laman Twitter telah berkongsi satu klip pendek persembahannya yang diambil dari rancangan stand up-comedy ‘I Told You So’ yang disiarkan di Netflix pada 2018.

Menerusi klip tersebut, Harith secara berjenaka telah membuat perbandingan tentang keefisienan servis lapangan terbang di Singapura iaitu Singapore Changi Airport dengan Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Menurut Harith, pengurusan Changi Airport beroperasi dengan kapasiti yang penuh apabila membuka semua kaunternya manakala KLIA dengan jumlah yang sama bagaimanapun hanya membuka dua dari kaunternya.

“Bila saya ke Singapura, saya berasa kagum. Rakyat Singapura, mereka tidak mahu pelancong menikmati negara mereka. Ini semua tentang perniagaan. Masuk dalam negara, keluar secepat mungkin. Mereka ada 20 kaunter imigresen, semuanya dibuka dengan 20 pegawai menjaga kaunter.

“Anda tiada masa untuk menikmati (suasana) lapangan terbang kerana semua kaunter dibuka. Tuan-tuan dan puan-puan, KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kita juga mempunyai 20 kaunter. (Tapi) dua dibuka.”

Kurang disenangi Ketua Pengarah Imigresen Malaysia

Perkongsian tersebut bagaimanapun kurang disenangi Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud yang menegaskan apa yang dikatakan Harrith mengenai KLIA adalah tidak tepat dan mengelirukan.

“Ini mengelirukan Harith,” ciap Khairul Dzaimee di akaun Twitter miliknya sambil menyebut akaun rasmi Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia dan juga Jabatan Perkhidmatan Awam.

Harith Iskander kemudian membalas ciapan berkenaan dengan memaklumkan yang ia hanyalah satu lawak jenaka dan bukannya satu prosiding di Parlimen.

Pegawai No 1 Imigresen Malaysia itu di dalam ciapan balas kemudian menjelaskan yang beliau faham ia hanyalah satu persembahan namun meminta Harith untuk berhati-hati dalam memberikan maklumat.

Perkara ini menimbulkan pelbagai persepsi di kalangan netizen apabila ada yang memihak serta mengiyakan lawak yang diperkatakan Harith, dan ada juga yang bersetuju dengan teguran KP Imigresen itu.

“Menipu je. Aku pernah kerja CS dengan Malaysia Airport. Tiap jam update manning dekat centre. Kau kalau Malaysian tak sempat pun nak beratur, pakai face detector kot. Kalau non Malaysian sampai waktu banyak flight arrival memang panjang la queue walaupun penuh officer kat kaunter,” kata seorang lagi netizen.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.