fbpx
Now Reading
Hanya 31 Hotel Di Selangor Yang Ada Sijil Halal Dibenar Guna Istilah ‘Bufet Ramadan’

Hanya 31 Hotel Di Selangor Yang Ada Sijil Halal Dibenar Guna Istilah ‘Bufet Ramadan’

Jelas Zawawi, ini kerana ‘bufet Ramadan’ membawa maksud halal selain ianya adalah satu bentuk perihal dagangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui kita hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum menyambut bulan Ramadan.

Sebut tentang Ramadan, pasti semua orang tahu kebanyakan hotel pastinya akan menganjurkan promosi bufet Ramadan.

Hanya 31 hotel di Selangor yang ada Sijil Halal

Namun keadaan mungkin berbeza di Selangor tahun ini selepas kerajaan negeri mendedahkan dari kesemua hotel yang terdapat di negeri itu, hanya 31 yang mempunyai sijil halal iaitu Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Ini sekaligus tidak melayakkan mereka untuk menggunakan istilah ‘bufet ramadan’, dan boleh dikenakan tindakan jika menggunakannya, kata beliau dipetik dari Sinar Harian.

Ini menurut Zawawi kerana ‘bufet Ramadan’ membawa maksud halal selain ianya adalah satu bentuk perihal dagangan.

“Di bawah Perintah Perihal Dagangan (takrif halal) 2011, istilah bufet Ramadan merupakan antara istilah yang membawa maksud halal dan tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan kerana ianya menjadi satu bentuk perihal dagangan.

“Penggunaan istilah bufet Ramadan dalam kalangan bukan pemegang SPHM merupakan isu pelanggaran undang-undang yang boleh membawa kepada tindakan penguatkuasaan,” kata beliau.

Boleh guna namun perlu kemuka pemohonan pensijilan halal dahulu

Tambah beliau, sekiranya pengusaha hotel, peniaga dan pengusaha industri makanan yang tidak mempunyai SPHM mahu menganjurkan promosi bufet Ramadan, mereka masih boleh mengemukakan permohonan pensijilan halal dengan kadar segera.

“Masyarakat juga dinasihatkan supaya memilih dan mengutamakan premis yang memiliki SPHM yang sah,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.